BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegawai JPJ maut ditetak

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,898
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,898
Reaction score
252
Points
91
crimescene2_copy_1485511810.jpg


Pontian: Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pontian maut ditetak dalam kejadian rompakan di rumahnya di Kampung Pak Intan di sini, 12.38 tengah hari tadi.

Mangsa ditemui berlumuran darah di depan rumahnya sebelum dihantar ke Hospital Pontian oleh adiknya namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa Jaiman Sapar, 53, dipercayai baru membuka pintu sebelum terserempak perompak di dalam rumahnya.

"Hasil siasatan awal, kami percaya mangsa bergelut dengan suspek sebelum ditetak di leher, bahu dan pergelangan tangan menggunakan senjata tajam disyaki parang.

"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


http://www.hmetro.com.my/node/201139
 
takziah. mmg syak indon je ni. klo dpt kasi tembak jela
 
Al-Fatihah dan takziah untuk keluarga allahyarham
 
Al-Fatihah..takziah untuk keluarga allahyarham..
 
Pegawai JPJ maut ditetak di rumah

WhatsApp_Image_2017-01-27_at_6.29.31_PM.jpeg.transformed.jpg

ANGGOTA forensik menyiasat lokasi kejadian seorang pegawai JPJ maut ditetak di leher bahu dan pergelangan tangan kiri dalam rompakan di Jalan Parit Pak Intan, Pontian, tengah hari tadi. - Foto Mohd Azren Jamaludin

PONTIAN: Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut ditetak di leher, bahu dan pergelangan tangan kiri dalam rompakan di Jalan Parit Pak Intan, Pontian dekat sini, tengah hari tadi.

Mangsa, Jaiman Sapar, 53, bertugas di Bahagian Kejuruteraan Teknik JPJ Daerah Pontian, di sini meninggal dunia ketika tiba di Hospital Pontian dekat sini.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, mangsa ditemui terbaring berlumuran darah di perkarangan rumah oleh adik perempuannya, Siti Pujinah, 51, sebelum membawa abangnya ke hospital menaiki kereta.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zakaria Abd Rahman, berkata siasatan awal polis mendapati mangsa diserang dengan senjata tajam dan tidak menolak kemungkinan berlaku pergelutan antara mangsa dan perompak.

"Ketika kejadian, mangsa dikatakan baru pulang dari rumah adiknya yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya di sini, sebelum sedar terdapat individu tidak dikenali dalam rumahnya.

"Mangsa yang rebah selepas diserang suspek menggunakan senjata tajam dipercayai parang, sempat menghubungi adik perempuannya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Zakaria berkata, siasatan polis dalam rumah juga mendapati televisyen milik mangsa hilang, manakala sejumlah wang syiling juga bertaburan atas jalan.

"Selain itu, terdapat kesan umpil di pintu belakang rumah dan kemungkinan suspek memasuki rumah dari bahagian belakang. Polis difahamkan mangsa yang juga duda menetap di rumah berkenaan seorang diri sejak tiga tahun lalu," katanya.

Zakaria berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


http://www.bharian.com.my/node/240741
 
duda, duduk sorang kt umah. sempat call adik
 
Back
Top
Log in Register