BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegawai JPJ maut ditetak

'Saya terkejut nampak abang berlumuran darah'

image.jpg

Kejadian berlaku di Kampung Parit Pak Intan Parit Sikom tengah hari tadi.

PONTIAN - “Saya terus riba abang yang berlumuran darah sebaik tiba di rumahnya,” kata Pujinah, 51 adik kepada mangsa tetak Jaiman Sapar di Kampung Parit Pak Intan Parit Sikom tengah hari tadi.

Pujinah memberitahu dia dan suami Norden Hosnin, 59 bergegas ke rumah sewa abangnya selepas menerima panggilan meminta pertolongan daripada abangnya.

“Berulang kali abang cakap tolong, tolong, bila ditanya abang masih cakap tolong, tolong. Jadi saya rasa ada sesuatu yang tidak elok berlaku.

“Saya segera beritahu suami dan kami bergegas menaiki motorsikal ke rumah abang yang terletak hanya tiga kilomter dari rumah kami,” katanya.

Menurut Pujiah, dia amat terkejut melihat abangnya terbaring berlumuran darah di kawasan semak di hadapan rumah.

“Suami segera meminta pertolongan dan kami membawa abang dengan menaiki kereta ke Hospital Pontian.

“Sewaktu dalam perjalanan saya pangku kepala abang dan abang banyak kali mengucap,” katanya.

Pujian memberitahu sebelum kejadian, mereka sekeluarga berkumpul di rumahnya untuk mengadakan kenduri kesyukuran.

“Hari ini merupakan hari lahir saya, saya amat sedih kerana kejadian menimpa abang berlaku pada hari jadi saya.

“Rasanya seperti baharu sahaja saya bergurau dengan abang. Tidak sangka selepas dia pulang untuk bersiap-siap bagi menunaikan solat Jumaat, kejadian malang itu berlaku kepadanya,” katanya.

Jelas Pujiah, Paiman merupakan anak keenam daripada sembilan beradik dan berkerja sebagai Pegawai Pengangkutan Jalan ( JPJ) di Pontian.

“Abang sudah bertugas di JPJ Pontian sejak tiga tahun lalu, sebelum ini dia bertugas di Kuantan Pahang.

“Abang sudah bercerai,mempunyai empat orang anak dan kini tinggal seorang diri di rumah sewanya itu,” katanya.

Tambahnya lagi, beberapa kejadian kecurian yang berlaku di rumahnya sewanya pernah itu diadukan oleh abangnya, sebelum ini.

“Sejak tinggal di rumah sewa itu, abang sering kehilangan barang seperti mesin rumput dan telefon bimbit,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/semasa/saya-terkejut-nampak-abang-berlumuran-darah-1.619091
 
Kenapalah perlu bergelut.. Harta boleh dicari.. Nyawa.. Takziah semoga ditempatkan bersama orang2 yang beriman
 
waktu tengahari dtg merompak..moga cepat kena tangkap
 
mungkin arwah bersiap-siap utk ke masjid solat jumaat...
moga ronya ditempatkan dikalangan org2 briman...
amin...
 
Penjahat xleh usik..rmi pro penjahat dlm alam maya ni..hihi
 
Zakaria berkata, siasatan polis dalam rumah juga mendapati televisyen milik mangsa hilang, manakala sejumlah wang syiling juga bertaburan atas jalan.

tv dan duit syiling..mcm kerja mat pet. org biasa xkan mau pikul tv kulu kilir utk jual..sng sgt nk kesan.
apapun takziah buat keluarga mangsa.semoga dipermudah segala urusan.
 
انا لله وانا اليه راجعون..
اللهم اغفرله وارحمه و عافه واعف عنه
 
Back
Top
Log in Register