BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegawai Daerah Perlu Berani Ambil Pendekatan Baharu, Amal Budaya Kerja Responsif - Hajiji

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pegawai Daerah Perlu Berani Ambil Pendekatan Baharu, Amal Budaya Kerja Responsif - Hajiji​

305e4a44500033d595982faa7464b7b96a82b101619c7

Kredit: Jabatan Ketua Menteri, Sabah

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mahu Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Kecil di negeri itu sentiasa mengamalkan budaya kerja responsif, proaktif dan berintegriti serta berani mengambil pendekatan baharu berpaksikan keperluan rakyat.

Beliau berkata Pejabat Daerah adalah antara institusi penting dalam jentera kerajaan negeri pada peringkat akar umbi, justeru semua pihak perlu berani mengambil pendekatan baharu sekiranya langkah itu mampu meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Namun, pada masa sama, setiap tindakan hendaklah dibuat berdasarkan peraturan, tatakelola dan kepentingan rakyat,” katanya ketika merasmikan Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah Sabah kali ke-29 di sini, hari ini.

Beliau berkata tema persidangan pada tahun ini, “Memacu Inovasi, Memperkasa Komuniti”, amatlah bertepatan dengan keperluan pentadbiran awam pada masa ini.

“Kita berhadapan dengan perubahan begitu pantas. Kemajuan teknologi, perubahan ekonomi global, perubahan sosial serta peningkatan harapan rakyat terhadap perkhidmatan awam menuntut kita supaya terus membaiki cara kita bekerja,” katanya.

Hajiji berkata Pegawai Daerah bertanggungjawab memastikan dasar, program dan projek kerajaan dilaksanakan di lapangan, sambil menegaskan bahawa agenda Sabah Maju Jaya 2.0 akan diteruskan sebagai kesinambungan kepada asas pembangunan sebelum ini.

“Kejayaan agenda pembangunan ini tidak hanya bergantung pada perancangan bagi peringkat kerajaan negeri, malah turut bergantung pada keupayaan seluruh jentera kerajaan untuk melaksanakannya,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Ketua Menteri mahu seluruh jentera kerajaan termasuk Pejabat Daerah, memahami hala tuju pembangunan negeri.

“Yang diperlukan ialah penyelarasan, disiplin pelaksanaan dan komitmen untuk memastikan semua perancangan tersebut menghasilkan manfaat kepada rakyat,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register