BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegawai, Anggota IPD Kubang Pasu Cedera Kemalangan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
1bbf8dfdc9d11d7e8a178084c48f65d269468338f2b64

8c7997ddefd5aa94b68b2c85b0b7f389694683264cd3d

Kredit: IPD Taiping

Seorang pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Kedah cedera selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 212.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Taiping, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata kejadian berlaku pada 7.50 pagi apabila lori dinaiki lelaki berusia 33 serta 32 tahun dari Johor ke Parit Buntar, Perak terbabas dan melanggar kenderaan polis jenis Honda City.

“Akibat kemalangan itu, pemandu berusia 25 tahun dan penumpang 44 tahun cedera pada bahagian kepala dan badan dengan mereka dibawa ke sebuah hospital swasta di Taiping untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Nasir berkata kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat kejadian membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor V. Gunalan menerusi talian 012- 6273 761.

 
Back
Top
Log in Register