BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lapan Cedera Kemalangan Tiga Kenderaan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Lapan Cedera Kemalangan Tiga Kenderaan​

f8e277dcbc2d4d181b31582cc8f5a06c6a40a435ec842

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kedah

Lapan individu dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 94 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak Penolong Penguasa Bomba Mohd Happyzam Abd Rasid berkata pihaknya menerima panggilan pada 8.56 pagi dan kemalangan membabitkan sebuah lori, Perodua Myvi dan Toyota Noah.

Beliau berkata mangsa terdiri daripada dua lelaki menaiki lori, dua wanita di dalam kereta Myvi manakala seorang lelaki dan tiga wanita menaiki Toyota Noah.

“Pemandu kereta Myvi tersepit di tempat duduk dan dilaporkan mengalami kecederaan separa kritikal pada kepala, bahu dan kaki manakala mangsa lain mengalami luka kecil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Happyzam berkata mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini dan operasi tamat pada 10.05 pagi selepas kerja pembersihan di lokasi kemalangan dijalankan.

 
Back
Top
Log in Register