BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasukan Pertama 141 Petugas Haji Berlepas Ke Tanah Suci Pastikan Operasi Lancar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
6a030d8e432f1955564202eb5995f31869d9d22e137e6

738af92a955351b74328c22a6a37a40e69d9d24b13e2f

6f3195e20f367e6f45839ed3b0c2d12269d9d2617d073

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan (dua, kiri) menyantuni petugas haji pada Majlis Pelepasan Pasukan Awal Petugas Lembaga Tabung Haji (TH) bagi Musim Haji 1447H/2026M ke Tanah Suci di Dewan Mentari 1, Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA hari ini. Turut kelihatan Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain (kiri).

Sebanyak 141 petugas haji terdiri daripada kakitangan Tabung Haji (TH) dan Kementerian Kesihatan berlepas ke Arab Saudi hari ini untuk melaksanakan persiapan operasi haji musim 1447H/2026M.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata petugas haji itu merupakan pasukan awal pertama bagi membuat persiapan sebelum ketibaan 31,600 bakal jemaah.

"Pasukan awal pertama petugas haji itu melibatkan 61 petugas rombongan kebajikan dan 80 petugas rombongan perubatan. Pasukan kedua sebanyak 107 orang akan berlepas pada 15 April ini," katanya kepada media selepas Majlis Pelepasan Pasukan Awal Petugas Haji, di sini hari ini.

Zulkifli berkata tahun ini, TH telah membuat persiapan yang sangat mantap dari segi latihan, pimpinan dan kursus.

"Pasukan TH daripada pelbagai latar belakang, kepakaran dan pengalaman inilah yang membentuk satu pasukan yang kuat dan mampu memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada jemaah haji negara,” katanya.

Beliau berkata kesemua petugas yang bertindak sebagai barisan hadapan itu telah mengikuti kursus yang komprehensif bagi meningkatkan kecekapan, pengetahuan serta kemahiran bagi memastikan mereka bersedia sepenuhnya dan terlatih dalam melaksanakan tanggungjawab untuk menyantuni jemaah haji negara.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata petugas haji yang terpilih memikul amanah besar sebagai barisan hadapan dalam menyantuni dhuyufurrahman atau tetamu Allah sepanjang musim haji.

Beliau turut mendoakan agar semua urusan operasi haji dipermudah serta petugas dan jemaah sentiasa dilindungi sepanjang berada di Tanah Suci.

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci dijadualkan bermula pada 18 April ini, manakala penerbangan terakhir pada 20 Mei.

 
Back
Top
Log in Register