BTC USD 84,484.3 Gold USD 4,274.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pantau Forex di Internet

fxgator

Active Member
Messages
1,026
Joined
Nov 2, 2008
Messages
1,026
Reaction score
16
Points
25


PUTRAJAYA: Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pedagang mata wang yang tidak diberi kuasa termasuk pemain dan broker forex (urus niaga mata wang asing) melalui Internet.

Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohamad Saari berkata, penguat kuasaan itu boleh mengelakkan penindasan dan penyelewengan broker ke atas peserta forex.

Menurutnya, tindakan tegas itu juga dapat mengelakkan masyarakat daripada terjebak dalam aktiviti kewangan tanpa pengawalan pihak berkuasa.

“Muzakarah mencadangkan kerajaan dapat melakukan pemantauan terhadap operasi ‘spot forex’ secara individu melalui kaedah elektronik dari semasa ke semasa dan memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai larangan kerajaan.

“Keperluan tindakan ini bagi mengelakkan masyarakat terjebak dalam transaksi yang tidak diharuskan syarak dan undang-undang,” katanya, ketika mengumumkan keputusan muzakarah itu, di sini, semalam.

Muzakarah itu disertai pengamal kewangan Islam, termasuk ahli akademik, penasihat syariah dan wakil industri daripada pelbagai institusi.

Mohamad Saari berkata, melalui muzakarah itu, jual beli mata wang diputuskan harus di sisi syarak.

Namun katanya, ia perlu mematuhi ketetapan tertentu, selain mengelakkan unsur kesamaran, riba, tipu daya, qabd (pindah milik) yang tidak jelas dan gharar (risiko bahaya) dalam operasi spot forex secara individu melalui platform elektronik.

“Muzakarah mencadangkan perkara ini diperhalusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan jawatankuasa fatwa negeri mengenai keharusan amalannya di kalangan umat Islam,” katanya.









l.jpg
in.jpg
e.jpg
a.jpg
mr.jpg
c.jpg
ms.jpg
om.jpg
 
ada yg mengamuk ni nanti...kata tabur pasir dalam periuk nasi dia..:eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek:
 
cerita baru ke ni?rasa2 mcm dah penah baca sebelum ni...
 
apa daa... sebelum bukak bacalah dulu... dah lama dah isu ni...
 
adui bang dah 3 kali asteruk dah berita nii
 
mcm 2010 pnya nih.
 
rasanya issue lama ni....skang dan terbaru tkder dengar lagi...
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13767
USD / JPY
158.852
GBP / USD
1.32204
USD / CHF
0.82820
USD / CAD
1.41414
EUR / JPY
180.768
AUD / USD
0.70138
Back
Top
Log in Register