fxgator
Active Member
- Messages
- 1,026
- Joined
- Nov 2, 2008
- Messages
- 1,026
- Reaction score
- 16
- Points
- 25

PUTRAJAYA: Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pedagang mata wang yang tidak diberi kuasa termasuk pemain dan broker forex (urus niaga mata wang asing) melalui Internet.
Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohamad Saari berkata, penguat kuasaan itu boleh mengelakkan penindasan dan penyelewengan broker ke atas peserta forex.
Menurutnya, tindakan tegas itu juga dapat mengelakkan masyarakat daripada terjebak dalam aktiviti kewangan tanpa pengawalan pihak berkuasa.
“Muzakarah mencadangkan kerajaan dapat melakukan pemantauan terhadap operasi ‘spot forex’ secara individu melalui kaedah elektronik dari semasa ke semasa dan memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai larangan kerajaan.
“Keperluan tindakan ini bagi mengelakkan masyarakat terjebak dalam transaksi yang tidak diharuskan syarak dan undang-undang,” katanya, ketika mengumumkan keputusan muzakarah itu, di sini, semalam.
Muzakarah itu disertai pengamal kewangan Islam, termasuk ahli akademik, penasihat syariah dan wakil industri daripada pelbagai institusi.
Mohamad Saari berkata, melalui muzakarah itu, jual beli mata wang diputuskan harus di sisi syarak.
Namun katanya, ia perlu mematuhi ketetapan tertentu, selain mengelakkan unsur kesamaran, riba, tipu daya, qabd (pindah milik) yang tidak jelas dan gharar (risiko bahaya) dalam operasi spot forex secara individu melalui platform elektronik.
“Muzakarah mencadangkan perkara ini diperhalusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan jawatankuasa fatwa negeri mengenai keharusan amalannya di kalangan umat Islam,” katanya.
