BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pantai Teluk Kalong Kembali Dicemari Arang Batu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pantai Teluk Kalong Kembali Dicemari Arang Batu​

d80b766e15f734937d1a74a9fedfb0ad6a8ab9e418ee5

Kredit: Mohd Zaid Mohd Noor

Pantai Teluk Kalong dekat sini kembali dicemari arang batu sejak tiga hari lepas dipercayai berpunca daripada sisa tumpahan daripada sebuah tongkang yang hanyut dan karam berhampiran pantai berkenaan pada Januari lepas.

Seorang penduduk Azhar Ngah, 64, berkata sisa pepejal berwarna hitam itu dihanyutkan arus ketika air laut pasang sehingga menjejaskan kebersihan serta keindahan kawasan peranginan berkenaan.

Azhar berkata kejadian sama pernah berlaku pada Januari lepas akibat tumpahan arang batu daripada tongkang berkenaan, namun telah dibersihkan oleh pihak terlibat.

“Saya berharap pihak berkuasa dapat menjalankan kerja-kerja pembersihan segera bagi menjamin kebersihan pantai serta keselesaan nelayan dan pengunjung,” katanya ketika ditemui di Pantai Teluk Kalong, di sini hari ini.

Sementara itu, nelayan Mohamad Azrul Naim Rahim, 36, berkata dia terkejut melihat keadaan pantai berkenaan yang sebelum ini bersih, namun telah tercemar sejak tiga hari lepas.

Bagaimanapun, katanya pencemaran kali ini tidak serius berbanding kejadian pada Januari lepas.

“Namun, kami bimbang tumpahan sisa arang batu itu bertambah serius sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Terengganu Datuk Razali Idris ketika dihubungi berkata pihaknya meminta Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Laut Malaysia menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Pada masa sama, beliau berkata agensi terlibat telah diarahkan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register