BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Arang Batu Cemari Pantai Teluk Kalong

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,714
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,714
Reaction score
97
Points
80
40b86737b81d39669a765e9101d4b335696470ee292f7

ad2cd141e58d4e9957529b62ae108644696470e0842ab

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, Datuk Razali Idris, meninjau bahan pepejal berwarna hitam, dipercayai arang batu, yang terdampar di Pantai Teluk Kalong dekat sini.

Pantai Teluk Kalong dekat sini dicemari dengan arang batu sejak dua hari lepas yang dipercayai berpunca akibat tumpahan muatan sebuah tongkang yang hanyut di kawasan berkenaan.

Seorang pengunjung Ahmad Amadi Ali, 29, dari Paka, Dungun berkata beliau terkejut apabila melihat pepejal berwarna hitam di sepanjang pantai peranginan popular itu melibatkan jarak sejauh kira-kira 500 meter.

“Keadaan berkenaan menyebabkan saya membatalkan hasrat untuk mandi kerana bimbang air laut di kawasan ini telah tercemar dan boleh menjejaskan kesihatan kulit,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang peniaga di Pantai Teluk Kalong, Ahmad Firdaus Che Yahaya, 43, berkata dia menyedari tongkang yang membawa muatan arang batu itu hanyut tidak jauh dari pantai berkenaan pada Khamis lepas.

Beliau berkata tongkang berkenaan kemudiannya terdampar di pantai itu sejak dua hari lepas dan terdapat tompokan berwarna hitam di dasar laut beberapa meter dari pesisir pantai.

“Selepas itu, kawasan pantai mula dipenuhi arang batu apabila bahan pepejal berkenaan dihanyutkan ombak ketika air laut pasang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu Datuk Razali Idris berkata pihaknya telah mengarahkan Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil tindakan segera bagi membersihkan pantai yang dicemari arang batu tersebut.

Menurut beliau, tindakan pantas perlu diambil bagi memastikan pantai berkenaan yang merupakan antara lokasi tumpuan pelancong di daerah ini kembali bersih.

Razali berkata dua lagi kawasan pantai berhampiran, iaitu Pantai Telaga Simpul dan Pantai Senajang turut dilaporkan dicemari arang batu.

 
Back
Top
Log in Register