BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Operasi Pembersihan Tumpahan Arang Batu Di Pantai Teluk Kalong Bermula

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
f493444e3af7d4b0e6a0f5e8f485707969788c8b29361


Operasi pembersihan Pantai Teluk Kalong dekat sini yang tercemar dengan tumpahan 7,000 tan metrik arang batu daripada sebuah tongkang yang hanyut dan pecah, mula dijalankan semalam.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu Hamzah Mohamad berkata wakil syarikat tongkang terlibat telah melantik kontraktor bagi melakukan kerja-kerja pembersihan melibatkan kawasan sejauh 1.2 kilometer.

Beliau berkata kerja-kerja membersih pantai berkenaan dijangka mengambil masa memandangkan sebahagian arang batu itu berada di dasar laut.

"Pegawai JAS akan melakukan pemantauan bagi memastikan pantai peranginan itu kembali bersih," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Hamzah berkata pada masa ini arang batu berkenaan dikumpul terlebih dahulu sebelum dibuang di kawasan lain.

"Pengunjung juga tidak perlu bimbang kesan terhadap alam sekitar ketika operasi berkenaan kerana arang batu tersebut bukan bahan buangan berjadual," katanya.

Sementara itu, tinjauan media hari ini mendapati sebuah jentera pengorek digunakan untuk membersihkan arang batu di sepanjang pantai berkenaan.

Pada masa sama, sebanyak 14 pekerja melakukan kerja-kerja pembersihan secara manual dengan menggunakan penyodok sebelum arang batu itu diisi ke dalam guni.

Sebelum ini, media melaporkan JAS Terengganu menerima laporan berhubung pantai yang dicemari arang batu itu pada 11 Jan lepas.

 
Back
Top
Log in Register