BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Panduan asas masalah kulit

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
350034-350034.jpg


“Doktor, saya ada ruam…”

Hakikatnya, dalam bahasa perubatan, “ruam” itu ada banyak rupa dan nama.

Ada pustul, papul, sisik psoriasis, ulser, nekrosis, vitiligo, ekzema dan macam-macam lagi. Setiap satu ada tekstur lain, warna lain, cara muncul pun berbeza. Pada mata kita mungkin nampak sama saja: merah, gatal, naik bintik. Tapi pada mata doktor, bentuk ruam itulah yang membantu teka punca penyakit.

Ada ruam yang boleh baik sendiri.
Ada yang perlukan ubat sapu biasa.
Ada yang hanya sesuai dengan krim steroid.
Ada yang mesti guna krim antibiotik.
Ada juga yang perlukan pemeriksaan lanjut seperti biopsi kulit kerana mungkin tanda penyakit yang lebih serius.

Masalahnya, kita kadang-kadang main cuba krim kawan, sapu ubat yang viral di media sosial, atau biar saja sebab rasa “alah, ruam biasa je”.

Sedangkan silap pilih krim, terutama yang mengandungi steroid kuat, boleh buat kulit makin nipis, mudah bernanah, atau menutup tanda penyakit sebenar.

Jadi, kalau anda perasan perubahan pada kulit
tiba-tiba ada tompok putih, luka yang tak sembuh, bintil bernanah, kawasan kebiruan atau apa-apa ruam yang merisaukan, tolong jangan ambil mudah.

Datang ke klinik atau fasiliti kesihatan untuk doktor tengok sendiri.

Satu perkataan “ruam”, tapi karakter, punca dan rawatannya sangat berbeza.

Kredit ➡️ Public Health Malaysia
 
Back
Top
Log in Register