BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pandangan Warga CG Tentang Peraturan BUMP

harap2 admin akan pertimbang kan peraturan2 yg logik akal..jgn cg jadi lengang sudah la sebab banyak peraturan..

pendapat aku, baik bagi je bump sekali sejam..itu dah kira ok lah tu..rase nak usha2 jer section admin yg user biase takleh masuk..hehe
 
bagus dapat tengok perbincangan sihat gini...
 
hr tu.. ada member aku nak cari maklumat..
aku suruh dia masuk dan join CG..
dia gelak .. tak best katanya..
banyak sangat iklan unsur se-x katanya..
ni mamat BUMP punya kerja laa ..
 
ok,,kita tunggu ape keputusan akhir..pastikan anda semua memberi komen membina..
 
Salam. Terima kasih atas pandangan semua.

Spt yang korang lihat skrg ni, ada section baru untuk produk hangat dan kontroversi :). Harap section baru ini dapat memuaskan hati kedua-dua pihak, dari sebelah pro, dan sebelah kontra.

Di masa-masa akan datang, section baru akan diwujudkan berdasarkan kategori dan kesesuaian. Kesesuaian yang dimaksudkan ialah - sekiranya banyak penjual dalam section tersebut, ia akan dipecahkan lagi supaya semua penjual dapat mengiklan dengan lebih adil di mana thread mereka tidak terlalu di belakang. Kalau anda lihat forum-forum lain yang lebih popular, kadangkala barangan hari ini saja berada di 10 laman di belakang. Ia adalah lumrah, tetapi tiada siapa pun yang berkecil hati.

Dengan menggunakan BUMP saja tidak akan menjadikan produk kita laku. Sekiranya produk kita mempunyai daya saing yang tinggi (harga berpatutan, layanan yang baik, dll), penjual kreatif dalam memasarkan produk, tentulah kita mempunyai pelanggan yang setia dsb.
 
Back
Top
Log in Register