BTC USD 83,606.9 Gold USD 4,182.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PanDangAn AndA LelaKi GenTleMaN

lelaki gentlemen tu mcm mengatalmen same ke...??

tu pun pompuan suka gak...tapi kena menggatal ngan dia saja...ngan orang lain tak boleh lak...:))
 
nak share ni..


syarat2 jadi lelaki gentleman

1.Jika kamu seorang perokok, jgn sesuka hati menghembuskan ASAP BERACUN itu ke muka orang di sekeliling. Misalnya warga emas ke.. ataupun wanita.. tak kira la yang sedang hamil ataupun tidak.. ngerti..?


2.Jangan mudah melenting bila orang lain menegur kesilapan yang kamu lakukan. Terima apa yang disampaikan sebagai satu TEGURAN untuk kamu memperbaiki kelemahan diri

3.Jangan ambil mudah soal PENAMPILAN. Pastikan kamu selalu tampil kemas. Kebersihan diri mestilah dijaga, jangan sampai orang sebelah terpaksa menutup hidung menahan bau badanmu mahupun bau nafasmu yang tidak semenggah itu.

4.Jika bercakap jangan sesekali meninggikan suara, walaupun dalam keadaan marah hatta bunyi bising sekalipun. Cuba kawal EMOSI agar tidak menyinggung perasaan orang lain

5.Jangan sesuka hati melepaskan rasa marah. Kurangkan atau buang sahaja sikap panas BARAN kamu. Tiada untungnya kamu bersikap begitu

6.Jangan EGO. Jika kamu melakukan kesilapan, akuinya. Orang akan lebih hormat jika kamu mengakui kekurangan diri dan rela memperbetulkan kesilapan.

7.Bila ditugaskan kerja BERKUMPULAN, jangan tahu memerintah sahaja. Selalunya bila dalam satu kumpulan yang diketuai seorang lelaki, biasanya mereka tidak ambil bahagian dalam menyempurnakan tugasan.

8.Kalau sudah tahu kamu bukanlah seorang yang rajin mengemas, jadi janganlah pula kamu rajin membuat SEPAH. Sekali dua bolehlah isteri/mak/adik kamu kemaskan, masuk kali ketiga ke empat dan seterusnya tiada sapa yang nak layan..

9.Jangan suka MEMBULI, tidak kira s/ada kepada kawan perempuan mahupun kawan lelakimu. Walaupun atas dasar apa sekalipun.. sama ada dasar persahabatan.. mahupun dasar sayang. Sekiranya kamu memerlukan PERTOLONGAN dari mereka, kamu perlulah memikirkan juga keadaan dan situasi rakanmu itu. Mereka tidak kisah selagi mampu dan terdaya, namun jika kekerapan yang berulangan, kamu perlu memikirkannya kembali..

10.Jangan suka melawan atau MEMBERONTAK sesuka hati. Walaupun ada sesuatu perkara yang kamu tidak suka atau bersetuju, ada cara terbaik untuk membantahnya..

bersambung....
​
 
:eek::eek::eek::eek: ayat kau memang gentle....

gentlemen tu mcm...
ladies first lah...
bukakkan pintu kete...
bukakkan semualah...yg sepatutnya yg nak dibukak...:D

betul ke eh..??
 

sambungan..
11
Tolong jaga kebersihan sekeliling di mana jua kamu berada. Jangan sesuka hati membuang sampah. Yang biasa dilihat, di mana kamu menghisap rokok, di situlah juga puntung rokok bersepah.

12
Jika tinggal bujang, hormati jiran tetangga. Jangan tengah-tengah malam kamu menjerit-jerit bersorak bila pasukan kegemaran kamu menjaringkan gol. Orang lain pun nak tidur jugak, deekkkk... Besok mau keje maa...

13
Fahami dan ikuti adab berjiran. Jaga kebersihan rumah. Jangan kerana sikap kamu suka buang sampah merata, jiran tetangga menanggung akibatnya, jentik-jentik beranak pinak dan orang lain pula yang terkena denggi

14
Bila berjalan-jalan bersama keluarga, jangan dibiarkan isteri kamu seorang mendukung dan membimbing tangan anak kamu. Yang banyak dilihat si isteri yang berkejar ke sana sini mengawal anak, takut terlepas. Si suami jalan di hadapan seorang diri.

15
Jika memandu patuhi semua peraturan. Lampu merah jangan dilanggar, tunggu giliran jangan suka memotong. Hormati pemandu2 lain.

16
Tolong hormati sesiapa sahaja. Rakan sebaya, kanak-kanak apatah lagi rasa hormat itu diberikan kepada orang yang lebih tua.

17
Jangan suka tunjuk pandai lebih-lebih kepada sesuatu perkara yang kamu sendiri kurang pasti. Lebih baik merendah diri.

18
Tolong hormat majlis. Lelaki kebanyakannya tidak tahu menghormati majlis yang dihadiri khususnya dalam soal etika berpakaian. Jika majlis yang dihadiri mempunyai kod pakaian, sila patuhinya. Jangan main sarung sahaja.

19
Bila berkunjung ke rumah saudara mara atau majlis kahwin, lelaki jarang sekali membawa buah tangan atau hadiah. Tiada salahnya keluar sedikit wang membeli buah tangan sebagai tanda terima kasih atas undangan yang diberikan.

20
Jika ke tandas awam, terlalu banyak beza antara tandas lelaki dan perempuan. Kebersihannya jarang sekali mencapai tahap memuaskan. Main pancuuttt jerr..
​
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register