hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Pam minyak rosak gara gara lupa cabut Nozzle
JOHOR BAHRU: Suasana di sebuah stesen minyak Shell di Skudai Highway malam tadi kecoh seketika apabila sebuah kereta dipercayai dari Singapura dikatakan memandu pergi tanpa mencabut nozzle pam minyak, menyebabkan peralatan itu tercabut dan rosak teruk.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.17 malam melibatkan sebuah kereta bernombor pendaftaran SKR8775U.
Menurut saksi kejadian, yang berada di lokasi bersama ibu bapanya ketika mengisi minyak, insiden itu berlaku secara tiba-tiba selepas kedengaran satu bunyi kuat seolah-olah letupan kecil.
“Kami tengah isi minyak, tiba-tiba boom! bunyi kuat sangat. Bila tengok, rupanya kereta Singapura tu lupa cabut nozzle dan terus jalan,” katanya.
Pemandu berkenaan dipercayai segera memberhentikan kenderaan selepas menyedari kejadian itu, lalu turun untuk mencabut semula nozzle berkenaan sebelum cuba beredar dari tempat kejadian.
Namun tindakan pantas seorang pekerja wanita di stesen berkenaan berjaya menghalang pemandu itu daripada meninggalkan lokasi.
Akibat kejadian, pam minyak terbabit rosak dan keseluruhan operasi stesen minyak berkenaan terpaksa dihentikan bagi tujuan keselamatan.
“Kami terus tinggalkan tempat tu sebab risau meletup. Memang menakutkan, macam dalam berita,” katanya lagi.
Difahamkan, kejadian berkenaan turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak itu bagi siasatan lanjut.