hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Sungai Mudal ‘Dikeringkan’ Gara-Gara Gelang Emas Hilang
Insiden yang berlaku di Dusun Banyunganti, Jatimulyo, Girimulyo, Kulon Progo, Yogyakarta itu tular di media sosial selepas rakaman video memperlihatkan beberapa petugas dan pengunjung sibuk menguras kolam semula jadi bagi mengesan gelang terbabit.
Menurut saksi, wanita berkenaan dilaporkan masih memakai gelang tersebut ketika mandi-manda di dalam kolam. Namun selepas naik ke tebing, barangan emas yang dipercayai bernilai jutaan rupiah itu lesap entah ke mana.
“Dia yakin gelang itu jatuh ke dasar kolam, sebab itu dia minta supaya air dikeringkan. Petugas kemudian menurunkan paras air untuk memudahkan pencarian,” kata seorang pengunjung yang sempat merakam kejadian itu.
Tindakan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi netizen. Ada yang mengecam kerana sanggup ‘mengganggu’ ekosistem sungai semata-mata mencari emas, manakala tidak kurang juga yang simpati kerana kehilangan barang berharga di lokasi percutian.
Pengurusan Sungai Mudal ketika dihubungi media tempatan mengesahkan pencarian gelang berkenaan, namun menegaskan bahawa hanya sebahagian kecil kolam dikuras dan aliran air tidak ditutup sepenuhnya.
Sehingga kini, belum dapat dipastikan sama ada gelang emas tersebut berjaya ditemui atau terus hilang ditelan deras Sungai Mudal yang terkenal dengan kejernihan airnya itu.
Fenomena ini sekali gus menambah populariti destinasi pelancongan itu, walaupun atas sebab yang tidak disangka, Hanya kerana seutas gelang emas yang ‘mengeringkan’ sungai.
Sumber Media Indonesia