BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki Menggigil Dalam LRT, Dakwa Di Ugut Gara-Gara Tuntutan Insurans

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
06.08.2025 - Tular di media sosial sejak Rabu sebuah video memaparkan seorang lelaki dalam keadaan menggigil ketakutan di dalam sebuah tren LRT dipercayai kerana diugut oleh sekumpulan individu, disyaki ada kaitan dengan tuntutan insurans. Video berdurasi 33 saat yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Mia Saripah, menunjukkan lelaki terbabit dalam keadaan cemas sambil merayu pertolongan daripada penumpang lain. Menerusi kapsyen yang disertakan, Mia memaklumkan lelaki tersebut mendakwa dirinya sedang diburu dan nyawanya dalam bahaya.

"Hi korang, I’m here just to help this man. Dia kena ikut dan ada orang nak bunuh dia. I don’t know what the full story is, but I wish someone could help him. He is shaking dan betul-betul dalam ketakutan," tulis Mia.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Kanegeswaran A/L Muniandy turut memaklumkan bahawa beliau telah membuat laporan polis berhubung ancaman terhadap dirinya. Menurut laporan polis yang dibuat oleh Kanegeswaran, beliau dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa namanya telah didaftarkan dalam satu pelan insurans keluarga tanpa pengetahuannya. Lebih membimbangkan, beliau mengesyaki pendaftaran itu dilakukan oleh ahli keluarganya sendiri termasuk ibu kandung, bapa tiri, abang kandung dan kakak ipar.

“Hubungan saya dengan keluarga agak tidak baik. Saya bimbang sekiranya berlaku sesuatu terhadap saya, wang insurans itu akan jatuh ke tangan mereka. Saya juga merupakan seorang mualaf dan mahu wang pampasan itu diuruskan oleh pihak zakat sekiranya saya meninggal dunia,” katanya dalam laporan tersebut.

Laporan yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada Selasa (5 Ogos) itu menyatakan tujuan laporan adalah sebagai langkah keselamatan dan untuk tindakan pihak berkuasa. Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan pihak polis berhubung dakwaan tersebut.

 
Back
Top
Log in Register