BTC USD 83,840.0 Gold USD 4,165.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pak Lah’s Exit Plan on the Way

Pak cik o pak cik isu Anwar ngan Cek Det yang sutra nilam post tu...pak cik blom jawap lagi...hehehe...

**Just a gentle reminder...(kot2 la terlupe....):D

aduh.. nak kena jawab ke.. aku agak malas sekarang nak nak pikir buruk orang.. tak mcm sesetengah penyokong.. XXX asyik cakap buruk orang jer... diri sendiri tah kemana..

nanti lah aku sediakan paper work.. :p
 
Kalau dari segi maruah tak nak pinjam imf, kenapa lepas anwar di pecat mahathir senyap senyap pinjam imf melalui pintu belakang?Tak logik langsung bila kata mahathir tuduh anwar main belakang semata mata tak nak bagi anwar sain pinjaman imf.Banyak orang tak tahu sebenarnya.Mahathir jatuhkan anwar tak da kena mengena dengan isu imf langsung sebaliknya isu isu berikut:-

1.Tindakan anwar memperketat akta rasuah pindaan 1997 ketika memangku jawatan perdana menteri semasa dr mahathir bercuti. Tindakan tersebut menimbulkan suasana panik dan tak puas hati di kalangan menteri yang corrupt.Anwar tahu banyak menteri yang korup dalam kabinet masa tu.Semasa mahathir bercuti 2 bulan, anwar memanggil ketua pengarah bpr masa tu iaitu dato shafie yahya agar buat deraf pindaan perketat akta rasuah untuk beliau bentangkan di parlimen.Dalam satu mesyuarat kabinet, ramai menteri tak setuju tapi anwar bertegas untuk bawa akta itu di parlimen.Kemuncaknya,Bekas peguam negara, arwah tan sri moktar abdullah telah menelefon mahathir yang ketika itu berada di london untuk membuat bantahan.Selepas itu mahathir menelefon anwar meminta penjelasan dari beliau dan anwar memaklumkan akta tersebut untuk kebaikan dan tidak perlu untuk di takutkan.Berkat usaha keras anwar dan dato shafie yahya, akta tersebut di luluskan.

2.Keengganan anwar membayar pampasan hampir satu billion kepada Tang Peik King iaitu kontraktor projek bakun di sarawak seperti di arahkan oleh mahathir.Anwar enggan membenarkan bayaran tersebut kerana nasihat dari juruaudit price waterhouse yang menyatakan bahawa pampasan adalah jauh lebih rendah dan bukannya sampai satu billion.

3.Keengganan anwar membenarkan duit epf sebanyak 2 billion di keluarkan untuk bail out syarikat mirzan mahathir MISC.Anwar enggan berbuat demikian kerana itu duit rakyat dan tidak wajar di gunakan untuk bail out syarikat kroni.Selepas anwar di pecat, mahathir mengeluarkan 2 billion duit petronas untuk bail out misc.

4,Anwar secara konsisten mendesak mahathir mengambil tindakan terhadap Eric Chia akibat penyelewengan perwaja sebanyak 13 billion.Di dalam siasatan price waterhouse iaitu juruaudit antarabangsa, terdapat beberapa nota arahan dr mahathir yang mengarahkan beberapa bayaran di buat yang terbukti satu kesalahan rasuah oleh dr maharhir.Kita jangan lupa bahawa salah satu lawyer perwaja masa tu adalah VK Lingam.

Dan ada banyak lagi kalau nak jelaskan.Isu IMF sebenarnya hanya di reka reka untuk di gunakan terhadap orang kampung yang tak tahu apa apa kononnya anwar nak jual negara.Sebenarnya semuanya hanya pembohongan saja.Sesiapa yang percaya adalah amat malang sekali.

Oooo...pak cik Mohd101....tunggu hujah balas dari pehak Tuan...:D
 
aduh.. nak kena jawab ke.. aku agak malas sekarang nak nak pikir buruk orang.. tak mcm sesetengah penyokong.. XXX asyik cakap buruk orang jer... diri sendiri tah kemana..

nanti lah aku sediakan paper work.. :p

Ayat standard orang BE END...:)) :))
 
Sahlah mamat ni gagal dapat kontrak gomen -- makin lama dah x relevan dah Pak Cik ni... hentikan usaha murni pak Cik tu utk dpt kontrak dari Pok Loh tu, umurpun dah 101 tahun dah...

ish.. aku tak mintak kontrak pak loh pun...
aku buat internet business jugak.. cari sendiri2..
tak perlu melutut dgn sape2 mintak projek..
cari sendiri lagi berkat.
 
Sampai hari ni masih ada orang percaya pasal konspirasi Anwar - IMF.

ck ck ck ck

hahahahahah ahaha aha ahahaha

korea, singapura, indonesia, thailand semua dah pulih dari ekonomi.

kalau kau bukak kedai runcit, dan nak pinjam bank untuk selesai masalah perniagaan, sapa nak kasi pinjam kalau tau anak kau tiap-tiap hari pau duit RM500 dari cashier.

sewaktu dalam buangan di zaman Tunku, Mahathir pernah ke Virginia menghadiri satu perjumpaan anjuran CIA. Ini semua orang tau. Ada yang kisah?

Selepas selesai guna duit petronas untuk bail out syarikat anak-anak dan kroni, mahathir sendiri mohon pinjaman dari IMF. ada yang kisah?

ck ck ck, selective thinking orang UMNO ni kadang-kadang aku rasa silap hardware, bukan software yang corrupt.
 
amboi.. hang selidik aku yaa..
aku sebenarnya nak lantik diri aku jadi PM,
tapi aku punya pilihan pun jauh lagi nak jadi PM.
aku nak muhriz jadi PM, tapi buat masa ni biar paklah turun dulu lah..

mamat ni aku fikir kalau paklah stay kat situ utk 5 tahun lagi, boleh jadi separa waras.

dan terus tak waras kalau Anwar jadi PM untuk masa terdekat ni..
 
ramai gak kot....ramai gak yg umur 100 tahun ke atas...hujah diorang ni lbih mantap...kata sumber org dalam la...:eek: :eek:


Ha..ah.hujah dia memang mantap.asyik2 ulang mende yang sama ajer.asyik2 nak tunggu berita Pak Lah letak jawatan.lu nak berita lu carilah sendiri.satu lagi...lu pikirlah sendiri:eek: :))
 
Ayat standard orang BE END...:)) :))

lah aku memang betul2 malas nak pikir buruk org ni.. tak mcm sesetengah forumer yg aggresif kutuk mengutuk ni...

so tak payah le ko nak kata aku bn ke ape.. aku bukan pas, bukan bn, bukan pkr, bukan dap. aku neutral org biasa.

ko nak jadi hero sila kan. ko buat lah statement sendiri
 
Ha..ah.hujah dia memang mantap.asyik2 ulang mende yang sama ajer.asyik2 nak tunggu berita Pak Lah letak jawatan.lu nak berita lu carilah sendiri.satu lagi...lu pikirlah sendiri:eek: :))

biasa le bro...buat2 x sokong paklah...lpas 2 x sokong DSAI...lpas 2 ckp yg bukan2 pasal DSAI...pas 2 nak bagi kita percaya buat2 sokong TG NIK AZIZ....mantap 2 bro...org lama la katakan....makan garam dulu dari kita ni bro....:)
 
Back
Top
Log in Register