afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
PAS perlu memimpin penyatuan, bukan lagi pak turut, kata wakil Terengganu
Perwakilan Pemuda PAS Terengganu Mukhlis Hasin berkata Pemuda PAS Terengganu akan sokong keputusan parti berkait pengagihan kerusi di negeri itu jika wujud kerjasama dengan Umno.
Mukhlis Hasin juga memberi peringatan supaya penyatuan ummah dan kerjasama yang ingin dicapai tidak menyebabkan PAS terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya.
“Biar kita yang memimpin, jangan kita yang menjadi pak turut dalam penyatuan ini. Jangan sekali-kali kita bacul untuk mempertahankan jati diri kita.
“Jangan sekali-kali pula kita takut nak mempertahankan kebenaran dan nak mempertahankan penyatuan,” katanya ketika membahaskan Ucaptama Ketua Pemuda PAS pada Muktamar Pemuda PAS Kali Ke-67.
Katanya cabaran terbesar bukan sekadar menyatukan anggota di peringkat akar umbi, tetapi memastikan kepimpinan turut mempunyai kesediaan untuk menjayakan penyatuan berkenaan.
Dalam pada itu, Mukhlis berkata Pemuda PAS Terengganu akan menyokong apa jua keputusan pucuk pemimpinan parti jika wujud kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan Umno.
Katanya, Pemuda PAS Terengganu akan menyokong keputusan parti berkait soal calon dan penyatuan politik, termasuk sekiranya ia melibatkan perubahan pada landskap pertandingan pilihan raya.
“Di luar tadi, ada perwakilan tanya, dia kata kalau sekiranya berlaku penyatuan ini, Terengganu (PAS-PN) menang 40-0 nak beri Umno pertandingan di Terengganu?”
“… maka insya-Allah, anak muda bermula daripada Besut sehingga ke Kemaman, nak merealisasikan penyatuan ini kami akan mempertahankan dan kami akan beri kemenangan kepada siapa sahaja calon yang dipilih oleh PAS,” katanya.
