BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak perlu kaji semula hubungan dengan BN, kata wakil PKR Selangor

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

Tak perlu kaji semula hubungan dengan BN, kata wakil PKR Selangor​

8c607bc2-danish-hairudin-fb-pic-01-230825.jpg

Perwakilan PKR Selangor Ahmad Danish Hairudin berkata parti itu tidak patut terlalu sibuk menjaga hati pihak lain sehingga mengabaikan kepentingannya sendiri. (Gambar Facebook)

Beliau berkata, akar umbi mahu Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan kepimpinan parti membuat keputusan politik jelas demi kepentingan parti serta ahli di peringkat akar umbi.

Katanya, PKR tidak seharusnya terlalu sibuk menjaga hati pihak lain sehingga mengabaikan kepentingan keluarga sendiri.

“Maka, biarlah Kongres Nasional PKR 2026 menghantar satu mesej jelas, kepada yang setia kita hargai, kepada yang berkawan kita hormati, kepada yang menyerang, kita lawan.

“Kita akan lawan seperti mana kita lawan dalam tempoh 20 tahun lalu,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.

Atas semangat PKR, tegasnya, tiba masa parti itu kembali menggunakan panji sendiri pada pilihan raya akan datang, yang boleh dimulakan dengan PRN Melaka.

“Panji PKR inilah yang pernah membawa suara majoriti rakyat Malaysia sehingga menumbangkan keangkuhan dan kesombongan Umno-BN buat kali pertama pada 2018 di peringkat persekutuan.

“Sudah tiba masanya kita kembali menggunakan kekuatan dan identiti PKR untuk bergerak ke hadapan.”
 
Dah tu x perlu bangkitkan isu pun. PH dan BN x ada kerjasama rasmi sedari awal pun, bersama cuma meneladani titah YDPA saja, demi merungkaikan masalah parlimen tergantung, x lebih dari tu.

Ini pegangan konsisten aku dari mula dulu lagi, dan tetap aku pegang hingga kini.
 
Back
Top
Log in Register