BTC USD 85,908.5 Gold USD 4,322.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bersatu perlu baiki hubungan dengan komponen PN, kata ketua Perlis

afwan83

Active+ Member
Messages
3,296
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,296
Reaction score
12
Points
25

Bersatu perlu baiki hubungan dengan komponen PN, kata ketua Perlis​

aefbd87a-abu-bakar-hamzah-fb-290426.jpg

Ketua Bersatu Perlis Abu Bakar Hamzah berkata partinya perlu menerima hakikat ia mesti terus berada dalam gabungan seperti PN untuk kekal relevan. (Gambar Facebook)

Beliau yang melepaskan jawatan ahli Majlis Tertinggi Bersatu bulan lalu berkata, parti itu harus menerima hakikat ia perlu terus berada dalam gabungan seperti PN untuk kekal relevan.

“Melihat kepada masa depan Bersatu, parti ini perlu mengkaji semula beberapa tindakan, termasuk melibatkan isu penyingkiran ahli dan hubungan dengan parti gabungan PN.

“Apa yang pasti, kalau gerak solo, mustahil untuk Bersatu menang dan Bersatu mesti duduk dalam satu gabungan,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Menteri besar Perlis itu dikatakan sehaluan dengan bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, yang menubuhkan parti baharu, Wawasan dan menjadi komponen PN bulan lalu.

Hamzah dipecat Bersatu Februari lalu, ketika kemuncak perebutan kepimpinan sengit dengan Presidennya, Muhyiddin Yassin.

PAS mengambil alih jawatan pengerusi PN Februari lalu sebelum memutuskan untuk menamatkan kerjasama politiknya dengan Bersatu pada Jun lalu.

Kedua-dua parti kekal sebagai komponen PN, bersama Wawasan, Gerakan, Parti Rakyat India Malaysia dan Pejuang, yang turut menyertai gabungan itu bulan lalu.

PAS mengetuai PN dalam menjalin hubungan dengan Barisan Nasional, khasnya pada PRN Negeri Sembilan di mana PN dan BN bertanding melalui pakatan dan memenangi majoriti dua pertiga.

Bersatu yang bertanding solo di 24 kerusi mengalami kekalahan besar dengan semua calonnya, kecuali seorang hilang deposit mereka.

Muhyiddin sebelum ini menuduh PAS menjadikan PN sebagai gabungan “toksik” dan Bersatu akan membentuk gabungan politik baharu selepas PRN Negeri Sembilan.
 
Dia ni ada 2 masalah besar dgn lobai:

1. Dia dlm parti Bersatu yg tak mungkin bekerjasama dgn lobai utk next election

2. Dia secara peribadi takkan dpt tempat dlm next election walaupun join geng reset sbb tikam belakang lobai utk rampas jawatan MB

Jalan terbaik utk terus dpt peluang bertanding ialah join PH :ROFLMAO:
 
Back
Top
Log in Register