afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,222
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,222
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Bersatu lantik ketua baharu di Perlis, Terengganu
Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali, berkata Izizam Ibrahim mengetuai Bersatu Perlis, manakala Mohd Yusop Majid menerajui Bersatu Terengganu.
Setiausaha Agung Azmin Ali, berkata pelantikan itu dipersetujui Presiden Muhyiddin Yassin dan berkuatkuasa Khamis lalu.
Beliau berkata, dua pemimpin berkenaan mempunyai pengalaman luas dalam politik dan pentadbiran awam.
Katanya, Bersatu yakin Izizam dan Yusop mampu menyumbang idea baharu serta perancangan strategik bagi memperkukuh perjuangan parti.
“Bersatu yakin Izizam dan Yusop akan menyumbang idea yang segar dan perancangan strategik untuk memperkukuhkan perjuangan Bersatu yang inklusif, progresif, dan cakna rakyat,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Bersatu Perlis disandang Menteri Besar Abu Bakar Hamzah, manakala Adun Kijal Razali Idris mengetuai Bersatu Terengganu.
Pada 9 Julai lalu, Abu Bakar meletak jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti dengan Razali mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua Bersatu Terengganu, pada 7 Ogos.