afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,291
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,291
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Exco Perlis lepas jawatan AJK Bersatu Arau
Exco Perlis Megat Hashirat Hassan mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan dan ahli Bersatu Arau atas segala kerjasama yang telah diberikan.
Pengerusi Bersatu Perlis yang juga menteri besar, Abu Bakar Hamzah mengesahkan perkara itu.
Megat Hashirat dalam surat peletakan jawatan bertarikh 10 Ogos lalu kepada Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali, memaklumkan keputusan itu adalah langkah paling wajar selepas menilai keadaan semasa.
“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira perkembangan semasa parti dan pertimbangan sewajarnya.
“Keputusan ini adalah atas pendirian dan pertimbangan peribadi saya sendiri, tanpa menafikan segala pengalaman, kerjasama dan kepercayaan yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan amanah dalam Bersatu Arau,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berterima kasih kepada kepimpinan dan ahli Bersatu Arau atas segala kerjasama yang telah diberikan serta berharap keputusan itu dapat diterima dan diambil maklum parti.