kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,711
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,711
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
"Onn Hafiz Pak Turut, UMNO Johor Boneka Terikat", Dakwa Puad Zarkashi Yang Umum Keluar UMNO
Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook hari ini, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit itu berkata keputusan berkenaan dibuat tanpa sebarang paksaan, dan bagi membolehkan beliau menyuarakan pandangan secara bebas.
“Tanpa berat hati, saya umum keluar UMNO serta-merta mulai hari ini 25 Jun 2026. Oleh itu, UMNO tidak perlu bersusah payah memecat saya.
“Ia juga memudahkan saya berbeza pandangan tanpa dituduh menikam parti dari belakang. Kini, saya bebas mengkritik UMNO, satu wadah yang saya sayangi dan hormati untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia,” katanya.
Dr Puad berkata terdapat banyak lagi contoh yang menurut beliau menunjukkan Onn Hafiz hanya "pak turut", sekali gus menjadikan UMNO Johor sebagai "boneka yang terikat".
Beliau berkata tindakan keluar parti ialah satu bentuk "keberanian politik" bagi mendedahkan perkara yang disifatkannya sebagai kemungkaran sebelum menjadi lebih parah.
Mohd Puad, yang juga bekas Speaker DUN Johor turut menolak tanggapan bahawa tindakannya itu didorong oleh kepentingan peribadi.
Semalam, bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu memberikan bayangan akan membuat satu pengumuman penting selepas mendakwa terdapat perkara yang tidak kena dalam pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Beliau sebelum ini mengesahkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Rengit pada PRN kali ini selepas memenanginya pada PRN 2022, dan mencadangkan supaya calon yang lebih muda diketengahkan.