Kalau dari segi maruah tak nak pinjam imf, kenapa lepas anwar di pecat mahathir senyap senyap pinjam imf melalui pintu belakang?Tak logik langsung bila kata mahathir tuduh anwar main belakang semata mata tak nak bagi anwar sain pinjaman imf.Banyak orang tak tahu sebenarnya.Mahathir jatuhkan anwar tak da kena mengena dengan isu imf langsung sebaliknya isu isu berikut:-
1.Tindakan anwar memperketat akta rasuah pindaan 1997 ketika memangku jawatan perdana menteri semasa dr mahathir bercuti. Tindakan tersebut menimbulkan suasana panik dan tak puas hati di kalangan menteri yang corrupt.Anwar tahu banyak menteri yang korup dalam kabinet masa tu.Semasa mahathir bercuti 2 bulan, anwar memanggil ketua pengarah bpr masa tu iaitu dato shafie yahya agar buat deraf pindaan perketat akta rasuah untuk beliau bentangkan di parlimen.Dalam satu mesyuarat kabinet, ramai menteri tak setuju tapi anwar bertegas untuk bawa akta itu di parlimen.Kemuncaknya,Bekas peguam negara, arwah tan sri moktar abdullah telah menelefon mahathir yang ketika itu berada di london untuk membuat bantahan.Selepas itu mahathir menelefon anwar meminta penjelasan dari beliau dan anwar memaklumkan akta tersebut untuk kebaikan dan tidak perlu untuk di takutkan.Berkat usaha keras anwar dan dato shafie yahya, akta tersebut di luluskan.
2.Keengganan anwar membayar pampasan hampir satu billion kepada Tang Peik King iaitu kontraktor projek bakun di sarawak seperti di arahkan oleh mahathir.Anwar enggan membenarkan bayaran tersebut kerana nasihat dari juruaudit price waterhouse yang menyatakan bahawa pampasan adalah jauh lebih rendah dan bukannya sampai satu billion.
3.Keengganan anwar membenarkan duit epf sebanyak 2 billion di keluarkan untuk bail out syarikat mirzan mahathir MISC.Anwar enggan berbuat demikian kerana itu duit rakyat dan tidak wajar di gunakan untuk bail out syarikat kroni.Selepas anwar di pecat, mahathir mengeluarkan 2 billion duit petronas untuk bail out misc.
4,Anwar secara konsisten mendesak mahathir mengambil tindakan terhadap Eric Chia akibat penyelewengan perwaja sebanyak 13 billion.Di dalam siasatan price waterhouse iaitu juruaudit antarabangsa, terdapat beberapa nota arahan dr mahathir yang mengarahkan beberapa bayaran di buat yang terbukti satu kesalahan rasuah oleh dr maharhir.Kita jangan lupa bahawa salah satu lawyer perwaja masa tu adalah VK Lingam.
Dan ada banyak lagi kalau nak jelaskan.Isu IMF sebenarnya hanya di reka reka untuk di gunakan terhadap orang kampung yang tak tahu apa apa kononnya anwar nak jual negara.Sebenarnya semuanya hanya pembohongan saja.Sesiapa yang percaya adalah amat malang sekali.