BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pahang Kembali Dilanda Banjir, Satu Pps Dibuka Di Raub

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
711363b1176e65e5c5124bdae45f232667a60bdeef7f3


Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub awal pagi tadi bagi menempatkan mangsa terjejas akibat banjir susulan limpahan Sungai Ulu Atok.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub, setakat 10.22 pagi, sebanyak 68 mangsa daripada 15 keluarga telah dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Atok yang dibuka sejak 6 pagi tadi.

“Kesemua mangsa yang terjejas telah dipindahkan ke PPS berhampiran,” menurut kenyataan itu hari ini.

Beliau berkata kejadian banjir berkenaan berlaku akibat limpahan Sungai Ulu Atok berikutan hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan sejak semalam.

“Mangsa terlibat merupakan penduduk yang kali pertama dilanda banjir bagi musim 2025/2026,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register