BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir: Satu PPS Dibuka Di Kuala Muda

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
43d7d080022ac61490c0aa6a3d6aa5a268fb8eebcd010

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kuala Muda, Kedah berikutan hujan berlarutan sejak tengah malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan setakat ini, 10 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Belah yang dibuka 12 tengah hari tadi.

“Kesemua mangsa adalah dari Mukim Sungai Petani yang melibatkan penduduk dari Kampung Bukit Belah,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, laman web rasmi Public Infobanjir memaparkan dua sungai di Kedah melebihi tahap bahaya iaitu Sungai Jarak dekat Kulim dengan 5.33 meter (m) dan Sungai Titi Kerbau dekat Pendang (4.27m), manakala Sungai Pedu dekat Padang Terap melebihi tahap waspada (18.71m).

 
Back
Top
Log in Register