BTC USD 78,086.3 Gold USD 4,392.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir : Satu PPS Dibuka Di Bachok

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,734
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,734
Reaction score
97
Points
80
df23e4ccbddf6b164231258d74435d216771309e87b0b

-- Gambar hiasan

Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Bachok malam tadi susulan banjir akibat hujan lebat berterusan tahap waspada sejak semalam.

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan PPS berkenaan menempatkan 43 mangsa daripada 12 keluarga daripada satu mukim yang terlibat.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di Kampung Budi, Tawang masih dinaiki air, dengan paras air mula menenggelami jalan kampung dan halaman rumah penduduk.

Aktiviti harian turut terganggu, termasuk pergerakan kenderaan, manakala ramai penduduk telah mengalihkan kereta ke kawasan lebih tinggi bagi mengelak ditenggelami air.

Selain itu, kelihatan trak bomba dan anggota penyelamat berada di kawasan berkenaan bagi meninjau keadaan serta memastikan keselamatan penduduk.

Semalam, Bernama melaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Kelantan dan Terengganu sehingga Rabu ini (26 Nov).

 
Back
Top
Log in Register