BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah ragut telefon bimbit sarjan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
xpix_gal0.pagespeed.ic.S6teCtbuci.webp


Peragut yang berjaya ditahan selepas menyamun telefon bimbit milik seorang anggota polis di Rampai Niaga, Wangsa Maju, kelmarin.
Lelaki ditahan selepas bergelut dengan polis

Kuala Lumpur: Cubaan seorang lelaki meragut telefon bimbit seorang anggota polis menemui padah apabila ditahan di Wangsa Maju di sini, kelmarin.

Suspek yang dipercayai aktif melakukan jenayah ragut sekitar ibu negara sejak beberapa bulan lalu, ditahan jam 8.30 malam.
Dalam kejadian itu, Sarjan Thillak Manokaran, 26, yang juga penolong pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, sedang menggunakan telefon bimbitnya ketika berjalan menuju restoran bersama dua rakan setugas di Rampai Niaga, Wangsa Maju.

Datang dari arah belakang

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125-Z, yang datang dari arah belakang, meragut telefon bimbit milik Thillak sebelum memecut.

Berikutan itu, rakan setugas Thillak mengejar suspek dan berjaya menahannya. Seorang anggota polis yang bergelut dengan suspek turut cedera ringan.

“Meskipun cedera, anggota berkenaan berusaha menahan suspek dengan harapan supaya jenayah ragut tidak lagi berulang,” katanya.
Suspek dibawa ke Balai Polis Wangsa Maju untuk pemeriksaan dan polis turut menemui semula telefon bimbit itu.

Siasatan awal mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau, tetapi dipercayai terbabit dalam beberapa siri kejadian ragut sekitar ibu negara terutama di daerah Sentul.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah samun.



sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Padahraguttelefonbimbitsarjan/Article/
 
pdn muka! kecik kecik xnk mam**s beso2 nyusah org!!!!
 
jadi lauk la mamat tuu
 
Padan muka. Kekecik tak mo mampuih. Besar nyusahkan orang jer
 
padan muko. kocik2 tak nak mampuih. dah bosa nyusahkan org! (versi n9 pulok)
 
ta'boh mapuh derah mase kecik tuh...doh besor mule ar nyusoh ke org (versi T9 pulok)
 
kecik kecik xnak mampossssss..... dah besor menyusahkan orangggg... ( versi ahmad nisfu) hehehehehhehehe
 
kantoi gak akhirnya :)cgrock

....mamat nih dah lama buat keje nih kat area wangsa maju
 
keciaq keciaq tak nak mampuih, dah besaq nyusah orang je.. versi utara terabur..haha .. gurau ye org utara~
 
tunggu turn mber2 kt balai..nasi tambah
 
Back
Top
Log in Register