art_director
Active+ Member
- Messages
- 3,606
- Joined
- Jan 20, 2008
- Messages
- 3,606
- Reaction score
- 182
- Points
- 43
![]()
Peragut yang berjaya ditahan selepas menyamun telefon bimbit milik seorang anggota polis di Rampai Niaga, Wangsa Maju, kelmarin.
Lelaki ditahan selepas bergelut dengan polis
Kuala Lumpur: Cubaan seorang lelaki meragut telefon bimbit seorang anggota polis menemui padah apabila ditahan di Wangsa Maju di sini, kelmarin.
Suspek yang dipercayai aktif melakukan jenayah ragut sekitar ibu negara sejak beberapa bulan lalu, ditahan jam 8.30 malam.
Dalam kejadian itu, Sarjan Thillak Manokaran, 26, yang juga penolong pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, sedang menggunakan telefon bimbitnya ketika berjalan menuju restoran bersama dua rakan setugas di Rampai Niaga, Wangsa Maju.
Datang dari arah belakang
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125-Z, yang datang dari arah belakang, meragut telefon bimbit milik Thillak sebelum memecut.
Berikutan itu, rakan setugas Thillak mengejar suspek dan berjaya menahannya. Seorang anggota polis yang bergelut dengan suspek turut cedera ringan.
“Meskipun cedera, anggota berkenaan berusaha menahan suspek dengan harapan supaya jenayah ragut tidak lagi berulang,” katanya.
Suspek dibawa ke Balai Polis Wangsa Maju untuk pemeriksaan dan polis turut menemui semula telefon bimbit itu.
Siasatan awal mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau, tetapi dipercayai terbabit dalam beberapa siri kejadian ragut sekitar ibu negara terutama di daerah Sentul.
Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah samun.
sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Padahraguttelefonbimbitsarjan/Article/
budak ni kalau ragut hp polis, aku rasa ending dia semua org tau dah. Masuk dalam kene balun nih.
Takde ke puak2 hak kebebasan asasi manusia nak demo depan balai selamatkan si pencurik hp nih.
buat salah kene hukum takpe, tapi kene balun dalam jail adalah kesalahan melanggar hak kebebasan asasi manusia.
So ape komen pejuang2 hak asasi?