BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah ragut telefon bimbit sarjan

xpix_gal0.pagespeed.ic.S6teCtbuci.webp


Peragut yang berjaya ditahan selepas menyamun telefon bimbit milik seorang anggota polis di Rampai Niaga, Wangsa Maju, kelmarin.
Lelaki ditahan selepas bergelut dengan polis

Kuala Lumpur: Cubaan seorang lelaki meragut telefon bimbit seorang anggota polis menemui padah apabila ditahan di Wangsa Maju di sini, kelmarin.

Suspek yang dipercayai aktif melakukan jenayah ragut sekitar ibu negara sejak beberapa bulan lalu, ditahan jam 8.30 malam.
Dalam kejadian itu, Sarjan Thillak Manokaran, 26, yang juga penolong pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, sedang menggunakan telefon bimbitnya ketika berjalan menuju restoran bersama dua rakan setugas di Rampai Niaga, Wangsa Maju.

Datang dari arah belakang

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125-Z, yang datang dari arah belakang, meragut telefon bimbit milik Thillak sebelum memecut.

Berikutan itu, rakan setugas Thillak mengejar suspek dan berjaya menahannya. Seorang anggota polis yang bergelut dengan suspek turut cedera ringan.

“Meskipun cedera, anggota berkenaan berusaha menahan suspek dengan harapan supaya jenayah ragut tidak lagi berulang,” katanya.
Suspek dibawa ke Balai Polis Wangsa Maju untuk pemeriksaan dan polis turut menemui semula telefon bimbit itu.

Siasatan awal mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau, tetapi dipercayai terbabit dalam beberapa siri kejadian ragut sekitar ibu negara terutama di daerah Sentul.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah samun.



sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Padahraguttelefonbimbitsarjan/Article/

budak ni kalau ragut hp polis, aku rasa ending dia semua org tau dah. Masuk dalam kene balun nih.

Takde ke puak2 hak kebebasan asasi manusia nak demo depan balai selamatkan si pencurik hp nih.

buat salah kene hukum takpe, tapi kene balun dalam jail adalah kesalahan melanggar hak kebebasan asasi manusia.

So ape komen pejuang2 hak asasi?
 
Jgn close muka penyamun nih, senang nak cam lain kali. Ni kalu dah ragut, pastinya akan meragut lagi. Mmmg tidak akan serik kerja meragut. Setakat kena pelempang dalam lokap jgn ceritalah.
 
kecik kecik xnak mampossssss..... dah besor menyusahkan orangggg... ( versi ahmad nisfu) hehehehehhehehe

itu.. kicik kalu.. mapuh juga tak nak..
sudah besar kalu.. susah worangg jugak..

(ha.. ni versi..pandai2 korang ler nk letak aper, he he he)
:))
 
Konfim kena sebijik di perut, sebijik penampar, sebijik rotan, dan sehelai sepinggang...
 
itu le yeop..

ate kecik2 idok le mike nak tumpo..bile udoh besor mike nyusahkan org. (Versi perak bote)
 
dah banyak kali meragut ne..

tak insaf2 juga..

masuk balai kasi balun sampai separuh mati..

sekarang jenayah ragut boleh buat orang mati lor..

dah mcm kes bunuh dah skg!
 
budak ni kalau ragut hp polis, aku rasa ending dia semua org tau dah. Masuk dalam kene balun nih.

Takde ke puak2 hak kebebasan asasi manusia nak demo depan balai selamatkan si pencurik hp nih.

buat salah kene hukum takpe, tapi kene balun dalam jail adalah kesalahan melanggar hak kebebasan asasi manusia.

So ape komen pejuang2 hak asasi?


apa kata hang la p pejuangkan hak asasi depa nie..ada ramai kat dalam tu perlukan pembelaan:D
 
Back
Top
Log in Register