BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pacuan 4 roda rempuh butik

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


BANDA HILIR - Disangka bunyi bangunan runtuh, rupa-rupanya sebuah kereta pacuan empat roda merempuh butik dalam kejadian awal pagi di Dataran Pahlawan Mega*mall, Jalan Merdeka, di sini, semalam.

Itulah detik cemas dihadapi Shyam Babu Sah, 26, seorang penyelia pembersi*-han warga Nepal dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu.

Ketika kejadian, Shyam sedang meronda memastikan lantai di pusat membeli belah berkenaan yang sudah ditutup agar bersih sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.

“Saya berlari selepas terdengar bunyi seperti bangunan runtuh. Tapi, apabila saya keluar, saya lihat sebuah kereta jenis Ford Ranger telah merempuh bahagian hadapan sebuah butik pakaian,” katanya.

Menurutnya, dia melihat pemandu lelaki lingkungan 30-an yang berdarah di dahi keluar dari kereta berkenaan.

Menurut Shyam Babu yang sudah dua tahun bekerja di situ, seorang pengawal keselamatan di situ kemudian bertindak menghubungi polis memaklumkan kejadian tersebut.

“Kereta itu dipercayai datang dari arah bertentangan sebelum memasuki kaki lima bertangga, lalu merempuh butik menyebabkan sebahagian cermin pecah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Saleh*hudin Abdul Rahman mengesahkan kejadian.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pacuan-4-roda-rempuh-butik-1.28108
 
tak sabar nak pi shopping la tu..
 
Back
Top
Log in Register