BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyelia Pasar Raya Maut Pacuan Empat Roda Rempuh Tiang Jejantas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,188
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,188
Reaction score
346
Points
141

Penyelia Pasar Raya Maut Pacuan Empat Roda Rempuh Tiang Jejantas​

461fce539074e387efe88ce8561f420b6771310eeca84


Seorang penyelia sebuah pasar raya maut selepas kenderaan yang dipandu terbabas dan merempuh tiang jejantas di Kilometer 84, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di hadapan Kolej Vokasional Dungun di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun DSP Jumaidy Bah Chong Weh berkata nahas pada 2.05 petang itu menyaksikan Lim Sin Yang, 40, yang memandu pacuan empat roda Toyota Hilux mengalami kecederaan pada bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata kemalangan itu dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Paka ke tempat kerjanya di Jalan Yahaya Ahmad di bandar Dungun.

"Ketika melalui satu selekoh, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sebelum merempuh tiang jejantas di hadapan Kolej Vokasional Dungun," katanya ketika dihubungi Bernama.

Jumaidy berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 
Back
Top
Log in Register