BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penunggang, Pembonceng Motosikal Maut Dirempuh Pacuan Empat Roda

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80
c2e57435f01743267c4ce1b79bb6838d69a8dfd4ec6ff

Kredit: IPD Muar

Seorang penunggang dan pembonceng motosikal yang juga warga emas maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda, di Jalan Rencong, Lenga, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata kemalangan yang berlaku pada 8.42 pagi itu dipercayai berpunca daripada sebuah Ford Ranger yang dipandu lelaki tempatan berusia 39 yang memasuki laluan bertentangan dari arah Lenga.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu berkenaan dipercayai di bawah pengaruh dadah sebelum kenderaannya bertembung dengan motosikal ditunggang Norman Ahmad, 47 bersama pemboncengnya Sa’at Kassim, 77, yang juga bapa saudaranya.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut terhadap pemandu pacuan empat roda itu menemukan 20 biji pil Eramin-5 seberat 5.15 gram dan syabu seberat 0.39 gram.

“Ujian saringan air kencing mendapati pemandu terbabit positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Beliau berkata suspek ditahan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 12(2) A dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 
suspek melayu nie...nama takde
 
Back
Top
Log in Register