BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Suspek Kes Tembak Cedera Dirempuh Pacuan Empat Roda

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146
e57b13330a04f051d48dafff0027a79b62dd59a00cea7


Dua lelaki cedera dirempuh kenderaan pacuan empat roda selepas melepaskan tembakan ke arah seorang pemandu lori di Taman Seri Kapar, Klang pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata kejadian berlaku kira-kira 9 pagi dan tindakan dua suspek itu disedari oleh pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut.

“Kejadian melibatkan dua lelaki bermotosikal melepaskan tembakan ke arah seorang pemandu lori.

“Ekoran itu, (pemandu) kenderaan yang melihat insiden tersebut bertindak merempuh motosikal suspek menyebabkan mereka cedera,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata tahap kecederaan dua suspek belum dapat dipastikan dan identiti mereka sedang disemak.

Pasukan forensik juga masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

“Polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat bagi memperincikan kronologi dan perkembangan lanjut siasatan kes,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 13 saat memaparkan seorang lelaki terbaring di jalan raya dipercayai berkaitan dengan kes tembak.

 
klang lagi?smlm kes dlam balai buat hal...aku rasa puak ni jugak...dpt jgn tangkap hidup
 
Back
Top
Log in Register