Kalo zakat pendapatan @2.5% = rm1.2k. maknanya pendapatan wajib di zakat rm48k. Dari rm48k tu tolak hutang kawan tu 1k. jadi pendapatan wajib dizakat ialah rm47k. So 2.5% dari 47k = rm1175.
Tuan boleh jelaskan tak penggajian 48k ni pendapatan bersih atau kasar, sbb kalo kasar tuan boleh juga gunakan pendapatan bersih,
Ni petikan dari PPZWP
NISAB DAN HAUL ZAKAT PENDAPATAN
Nisab zakat pendapatan bersandarkan 85 gram emas. Kadar bayaran zakat pendapatan ialah 2.5% daripada jumlah pendapatan kasar atau pendapatan bersih.
Pakar-pakar di kalangan ulama kontemporari tidak meletakkan haul sebagai syarat wajib zakat pendapatan. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, tidak mensyaratkan haul ke atas zakat pendapatan gaji adalah atas beberapa faktor, antaranya:
i. Pertama, faktor keumuman nas-nas al-Quran yang mewajibkan orang kaya tentang kewajipan membayar zakat sebagai bukti iman dan kepatuhan seseorang kepada agama. Firman Allah SWT yang bermaksud:
ii. Mengecualikan syarat haul dalam zakat pendapatan lebih bertepatan?dengan konsep keadilan. Ini kerana dengan mengenakan syarat haul, bermakna sistem zakat memberi kesempatan kepada orang-orang kaya untuk mengelakkan diri daripada membayar zakat. Hal ini terjadi apabila sesiapa yang boros berbelanja boleh menggunakan alasan tidak mempunyai wang yang berbaki dalam setahun untuk mengeluarkan zakat. Sedangkan sesiapa yang berjimat-cermat dengan menyimpan wang hasil pendapatan dalam setahun dibebankan dengan zakat. Ia sudah tentu tidak mencerminkan keadilan dalam sistem zakat itu sendiri.
Pada masa yang sama tidak mensyaratkan haul lebih meraikan maslahat umat Islam kerana setiap orang kaya akan menanggung keperluan ekonomi masyarakat.