Zakat Pendapatan

Recommended Brokers


badai707

Fun Poster
Joined
Jul 28, 2009
Messages
566
Reaction score
11
Points
15
Terdapat tiga garis panduan mengira zakat pendapatan:-

1 ) 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab).

Contoh: Jika jumlah pendapatan kasar dari sumber setahun ialah sebanyak RM33,800.00, maka setahun zakat sebanyak RM33,800.00 x 2.5% = RM845.00

2) Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan (berdasarkan kaedah penolakan yang dibenarkan).

3) Membayar zakat setelah mengambil kira tanggungan sebenar
Contoh pengiraan zakat mengikut garis panduan kedua dan ketiga.


A. PENDAPATAN DARI SUMBER (SETAHUN) RM

Gaji 24,000.00
Elaun 5,800.00
Bonus 4,000.00
Lain-lain 5,000.00
JUMLAH PENDAPATAN 38,800.00


B. TOLAKAN YANG DIBENARKAN (SETAHUN) RM

Diri 8,000.00
Isteri 5,000.00
Anak-anak(800X4) 3,200.00
Pemberian ibu bapa (contoh) 2,400.00
Caruman KWSP 2,400.00
Caruman Tabung Haji 600.00
Caruman Kepada institusi/koperasi yang telah membayar zakat bagi pihak ahli 1,200.00
JUMLAH TOLAKAN 22,800.00


C. PENDAPATAN BERSIH YANG LAYAK DIZAKAT(A-B) RM

RM38,800.00-RM22,800.00 16,000.00
Nilai melebihi paras nisab
(Contoh nisab semasa=RM4,226.00 5,800.00

D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR (CX2.5%) RM
RM16,000.00 x2.5% 400.00


NOTA.

• Perbelanjaann bagi diri, isteri dan anak dalam jadual di atas berdasarkan kaedah penolakan yang dibenarkan (berdasarkan kaedah kedua)

• Bagaimana pun perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak boleh diambil kira tanggungan sebenar (berdasarkan kaedah ketiga) iaitu mengambil kira perbelanjaan asasi bagi makanan, pakaian, perubatan, pengangkutan, pendidikan dan tempat tinggal.

• Pemberian kepada ibu bapa, caruman KWSP, caruman Tabung Haji,caruman kepada institusi/koperasi yang telah membayar zakat bagi pihak ahli berdasarkan kepada jumlah sebenar.


Sumber Maklumat: Pusat Zakat Selangor.

(Bagi pembayar-pembayar zakat yang tinggal di negeri-negeri lain bolehlah berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam atau Pusat Zakat di negeri masing-masing).
 
Sponsored Post

mrvx

Super Active Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
9,546
Reaction score
421
Points
81
dengan kerajaan yg ada skrg ni.. lebih baik dibyr melalui majlis ugama ISlam yg menyanjungi panji panji Islam seperti kelantan dan terengganu
 

bell&ross

Active+ Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
3,838
Reaction score
140
Points
33
lebih baik ikut mazhab Syafie...tiada zakat pendapatan...
 

michael scotfield

Legendary Member
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
19,172
Reaction score
912
Points
161
Zakat pendapatan timbul daripada konsep zakat al-mal al-mustafad?(zakat harta perolehan). Konsep al-mal al-mustafad?bermaksud mewajibkan zakat ke atas mana-mana harta perolehan dari hasil usaha tanpa sebarang proses pertukaran (jual-beli), secara ringkasnya?ia diperoleh dengan sebabnya tersendiri seperti gaji, upah kerja, elaun, hadiah dan lain-lain.
Para fuqaha telah mewajibkan zakat ke atas hasil pendapatan dan gaji. Ini kerana pendapatan merupakan sebuah harta yang berkembang dan boleh membawa perolehan yang lumayan terutamanya bagi seseorang?yang menyandang jawatan-jawatan profesional atau peringkat tinggi dalam sesebuah organisasi. Ia juga antara aktiviti perekonomian utama pada zaman ini, apatah lagi profesion ?makan gaji? sudah menjadi lumrah dalam kehidupan sekarang.
Apa Itu Zakat Pendapatan ?

DALIL ZAKAT PENDAPATAN

Kewajipan zakat pendapatan telah diasaskan oleh beberapa dalil. Di dalam al-Quran, Allah SWT berfirman (yang bermaksud):
?Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.? [Al-Baqarah (2): 267]
Dalam sebuah Hadis (yang bermaksud):Telah diceritakan oleh Said Bin Abi Burdah dari bapanya dari datuknya dari Nabi SAW bersabda:
?Sedekah ditekankan atas setiap Muslim? Lalu para Sahabat bertanya: ?Wahai Nabi Allah, bagaimana dengan orang yang tidak mendapatkan (sesuatu untuk disedekahkan)?? Beliau menjawab: ?Dia beramal dengan tangannya (kerja), sehingga dia bermanfaat bagi dirinya lalu dia bersedekah? (HR Bukhari & Muslim)
Al-athar para Sahabat turut menjadi dalil kewajiban?zakat pendapatan. Diriwayatkan daripada Abu Ubayd diterima daripada Hubayrah ibn Yarim, beliau berkata (yang bermaksud):
“Abdullah ibn Mas?ud memberikan kepada kami sebuah bakul yang berisi barang yang bernilai, diambil sebahagiannya untuk membayar zakat.”
Fatwa Wilayah Persekutuan Tentang Zakat Penggajian
Fatwa Di Bawah Seksyen 34.

Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan, menurut subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], selepas dibincangkan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak, dan adalah disiarkan menurut subseksyen itu.
Zakat wajib dikeluarkan ke atas pendapatan daripada penggajian Islam termasuklah apa-apa upah, gaji, elaun, imbuhan dan bonus. Oleh itu adalah wajib bagi seseorang Islam mengeluarkan zakat daripada pendapatan yang layak dikenakan zakat daripada penggajian tersebut. (Bertarikh 9 April 1999)
Fatwa Kebangsaan Tentang Zakat Gaji & Pendapatan Profesional
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 22 Jun 1997 telah membincangkan Zakat Gaji & Pendapatan Professional.
Muzakarah telah memutuskan bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat.
NISAB DAN HAUL ZAKAT PENDAPATAN
Nisab zakat pendapatan bersandarkan 85 gram emas. Kadar bayaran zakat pendapatan ialah 2.5% daripada jumlah pendapatan kasar atau pendapatan bersih.
Pakar-pakar di kalangan ulama kontemporari tidak meletakkan haul sebagai syarat wajib zakat pendapatan. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, tidak mensyaratkan haul ke atas zakat pendapatan gaji adalah atas beberapa faktor, antaranya:
i. Pertama, faktor keumuman nas-nas al-Quran yang mewajibkan orang kaya tentang kewajipan membayar zakat sebagai bukti iman dan kepatuhan seseorang kepada agama. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat) (Al-Baqarah[2]: 267)”
ii. Mengecualikan syarat haul dalam zakat pendapatan lebih bertepatan?dengan konsep keadilan. Ini kerana dengan mengenakan syarat haul, bermakna sistem zakat memberi kesempatan kepada orang-orang kaya untuk mengelakkan diri daripada membayar zakat. Hal ini terjadi apabila sesiapa yang boros berbelanja boleh menggunakan alasan tidak mempunyai wang yang berbaki dalam setahun untuk mengeluarkan zakat. Sedangkan sesiapa yang berjimat-cermat dengan menyimpan wang hasil pendapatan dalam setahun dibebankan dengan zakat. Ia sudah tentu tidak mencerminkan keadilan dalam sistem zakat itu sendiri.
Pada masa yang sama tidak mensyaratkan haul lebih meraikan maslahat umat Islam kerana setiap orang kaya akan menanggung keperluan ekonomi masyarakat.
KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN
Bagaimana Cara Kira Zakat Pendapatan ?






 

akudotcom

Active+ Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
3,534
Reaction score
787
Points
71
Pengertian Zakat


DARI SEGI BAHASA


Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”


GANJARAN UTK ORG YG BERZAKAT

Ialah utk membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat KEDEKUT dan BAKHIL.

Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat DENGKI dan DENDAM terhadap orang kaya.

Berikut 5 antara pahala nya:p




DARI SEGI SYARAK

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak



HIKMAH/TUJUAN DISYARIATKAN ZAKAT

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:

▪Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
▪Membersihkan diri pembayar zakat.
▪Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
▪Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
▪Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
▪Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
▪Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
▪Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
▪Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
▪Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.


9:102-104
وَآخَرُونَ اعْتَرَفُوا بِذُنُوبِهِمْ خَلَطُوا عَمَلًا صَالِحًا وَآخَرَ سَيِّئًا عَسَى اللَّهُ أَنْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ هُوَ يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَأْخُذُ الصَّدَقَاتِ وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Dan (ada pula) orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka, mereka mencampur-adukkan pekerjaan yang baik [AMAL SOLEH] dengan pekerjaan yang buruk [SAYYI’AT] .

Mudah-mudahan Allah menerima TAUBAT mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang.

Ambillah sebagian harta mereka dan SEDEKAH [صَدَقَةً], dengan itu membersihkan [TUZAKKIHIM] kamu dan mensucikan [TUTAHIRUHUM] mereka dan SALLA ALAIHIM (hubungkan ke atas mereka).

Sesungguhnya SALATAKA (hubungan) kamu itu (menjadi) ketenteraman [SAKAN] jiwa bagi mereka.

Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Tidaklah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan menerima SEDEKAH dan bahwasanya Allah Maha Penerima TAUBAH lagi Maha Penyayang?


Kerana itu lah salah satu penyucian JIWA
Yakni, menghilangkanpenyakit HATI bakhil & kedekut etc..
Terasa mcm dlm surga seperti dlm hati ada taman giteww :p



Bayau la dengan IKHLAS ye..
penyakit ati tu merbahaya
Bole MEMBAKAR diri :cool:

 
Sponsored Post
Top
Log in Register