BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zakat Pendapatan

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda (bermaksud):

"Sesiapa yang diberikan Allah harta benda, kemudian ia tidak menunaikan zakatnya, (maka hartanya itu) akan menjadilah baginya pada hari kiamat sebagai seekor ular jantan yang licin berkilat kepalanya (kerana bisanya) dan mempunyai dua tanda hitam (di atas kedua keningnya). Ular itu akan membelit badannya pada hari itu, kemudian mematuk-matuknya lalu berkata kepadanya: "Akulah hartamu, akulah hartamu yang engkau tidak keluarkan zakatnya". "Setelah itu Baginda membaca ayat 180 surah Ali-'Imran:
.. وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ
hingga akhirnya.

(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari, Fath al-Bari 4-11)
 
Back
Top
Log in Register