BTC USD 75,644.0 Gold USD 4,289.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pro Sunni tak berapa setuju kematian Ali Khamenei bukan kematian SYAHID?

redknight

Fun Poster
Messages
144
Joined
Mar 25, 2011
Messages
144
Reaction score
35
Points
20

Kematian Khamenei, syahid atau tidak? Penilaian perlu kaedah fiqh – MUIS​


Penyelidik Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS), Ustaz Zaid Zainurrashid, menegaskan bahawa penentuan status syahid seseorang mestilah dibuat berdasarkan kaedah ilmu Islam dan fiqh yang sahih, bukan bersandarkan sentimen politik, populariti, atau persepsi sosial.

Beliau menjelaskan bahawa istilah syahid adalah hukum syarie yang mempunyai struktur tersendiri, termasuk definisi, pembahagian, syarat-syarat tertentu, serta mawani’ iaitu faktor penghalang yang boleh menafikan status syahid.

Penilaian hanya boleh dilakukan setelah meneliti keadaan orang terbunuh, sebab kematiannya, dan faktor penghalang yang mungkin wujud.

Menurut Ustaz Zaid, perkara pertama yang mesti diteliti ialah hal al‑maqtul, iaitu keadaan orang yang terbunuh itu sendiri.

Jelasnya, perlu dipastikan sama ada individu tersebut seorang Muslim, dan jika dia terlibat dengan amalan bid’ah, penilaian mesti dibuat sama ada bid’ah itu mengeluarkannya daripada Islam (mukaffirah) atau tidak, kerana ini merupakan syarat asas sebelum seseorang boleh dihukum sebagai syahid.

Selain itu, perlu diteliti sebab kematian atau Sabab Qatl.

“Adakah kematian berlaku dalam Jihad fi sabilillah atau dalam keadaan dizalimi? Kematian akibat pertarungan kuasa, konflik politik peribadi, atau sebab-sebab lain yang tidak termasuk fi sabilillah tidak boleh dijadikan asas untuk menghukum seseorang sebagai syahid,” katanya.

Ustaz Zaid turut menegaskan bahawa penilaian harus juga mengambil kira mawani’ atau penghalang kepada syahid.

Faktor seperti ghulul, iaitu mengambil harta ghanimah secara haram, atau melakukan maksiat sendiri boleh menghalang seseorang daripada mendapat syahid dunia dan akhirat.

Justeru, penentuan status syahid mesti memastikan individu tersebut bebas daripada sebarang penghalang yang sah.

Beliau menambah bahawa kesilapan dalam menilai syahid biasanya berpunca daripada tiga faktor utama: kelemahan memahami struktur ilmu Islam, gagal membaca realiti dengan tepat, dan mencampurkan pertimbangan politik dalam penilaian hukum agama.

Kesilapan ini boleh menyebabkan seseorang tokoh yang terlibat dengan bid’ah atau kezaliman dianggap syahid hanya kerana kelihatan sehaluan dengan agenda politik tertentu.

Ustaz Zaid menegaskan bahawa syahid merupakan maqam tinggi dalam agama, dan penentuan statusnya mesti berasaskan dalil yang jelas, kaedah ilmu yang sahih, serta penilaian teliti terhadap setiap syarat, sebab, dan penghalang.

Terdahulu, Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei, disahkan meninggal dunia selepas terbunuh dalam serangan udara oleh Amerika Syarikat dan Israel pada 28 Februari 2026.

Susulan itu, Assembly of Experts Iran telah memilih anaknya, Mojtaba Khamenei, sebagai Pemimpin Tertinggi yang baharu, menjadikan beliau pemimpin politik tertinggi Republik Iran.

1773038137784.png



bukanlah tuju ke Ustaz Zaid cuma pelik kenapa juga kenapa sampai keluar penjelasan macam ni lepas kematian Ali Khamenei...
adakah ada kesangsian antara ahlul sunnah wal jamaah tentang perkara ini?
 
Back
Top
Log in Register