BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Orang ramai dinasihat elak Gereja St Joseph di Bukit Timah selepas barang mencurigakan ditemui

adi19

Fun Poster
Messages
768
Joined
Oct 30, 2013
Messages
768
Reaction score
3
Points
25
whatsapp_image_2025-12-21_at_9.31.41_am.jpeg

Para penganut memasuki kawasan pekarangan Gereja St Joseph di Upper Bukit Timah pada 10 November 2024. (Gambar fail: CNA/Wallace Woon)

SINGAPURA: Orang ramai dinasihatkan supaya menghindari Gereja St Joseph di Bukit Timah selepas barang yang mencurigakan ditemui di sana, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Ahad (21 Dis).

"Polis sedang menangani kes barang yang mencurigakan di Gereja St Joseph yang terletak di 620 Upper Bukit Timah Road," kata SPF dalam satu kenyataan di Facebook.

IKLAN

"Polis telah mengawal kawasan itu dan gereja telah dikosongkan sedang operasi polis dijalankan. Orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan lokasi dan kawasan sekitarnya dan mematuhi arahan para pegawai polis."

Dalam kenyataannya di Facebook, Gereja St Joseph menyatakan bahawa gereja tersebut ditutup buat sementara waktu dan menasihatkan para pengunjung gereja supaya pergi ke gereja lain untuk misa Ahad.

Polis menambah dalam catatan terdahulunya bahawa pihak polis menerima panggilan sekitar pukul 7.10 pagi untuk mendapatkan bantuan di gereja berkenaan dan para pegawai polis berada di tempat kejadian untuk membantu.

Pada November tahun lalu, seorang paderi di gereja yang sama telah ditikam semasa upacara misa. Seorang lelaki berusia 37 tahun kemudian didakwa menikam Paderi Katolik Christopher Lee di bahagian mulut.

Dalam satu lagi kejadian sebulan kemudian, seorang lelaki ditemui dengan pisau lipat di gereja yang sama, dan polis kemudian mengatakan suspek sedang membantu siasatan.

 
Back
Top
Log in Register