BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Neutralkan Bagasi Mencurigakan Di ICQS Bukit Kayu Hitam

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201
416420-416420.jpg


Bagasi pink cetus panik, Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam ditutup dua jam


Bukit Kayu Hitam: Bangunan Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini gempar dengan penemuan sebuah bagasi yang ditinggalkan di ruang pemeriksaan Imigresen/Kastam Blok B, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, beg bagasi berwarna merah jambu itu ditemui jam 5.55 petang.

Beliau berkata, selepas mendapati tiada sesiapa menuntut beg terbabit, ia kemudian dibawa ke mesin pengimbas untuk diimbas.

"Selepas imbasan dilakukan, pihak Kastam mendapati imej terbabit mengandungi bahan disyaki dadah dan letupan.

"Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah tiba ke lokasi kejadian jam 8.45 malam.

"Mereka kemudian melakukan proses meneutralkan bagasi itu selepas menilai risiko yang ada di sekeliling kawasan bangunan dengan mengutamakan keselamatan nyawa, " katanya ketika dihubungi hari ini.


Beliau berkata, bagasi itu berjaya dibuka jam 11 malam dan didapati tiada unsur bahan letupan ditemui.

Katanya, pemeriksaan menemui terdapat baju, minyak di dalam bekas, pengering rambut warna hitam, syampu dan losyen.


Sumber : Harian Metro




 

Polis Neutralkan Bagasi Mencurigakan Di ICQS Bukit Kayu Hitam​

2e8ba62d215ee42a953212f255b25b9e63e47b4c9ec4c


Polis telah melakukan proses meneutralkan sebuah bagasi yang ditinggalkan di ruang pemeriksaan Imigresen/Kastam Blok B, di Bangunan Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Bukit Kayu Hitam, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim berkata bagasi berwarna merah jambu itu ditemukan kira-kira 5.55 petang selepas mendapati tiada sesiapa menuntut bagasi berkenaan.

"Beg itu kemudian dibawa ke mesin pengimbas untuk diimbas. Selepas imbasan dilakukan, pihak kastam mendapati imej terbabit mengandungi bahan disyaki dadah dan letupan.

"Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah tiba ke lokasi kejadian pada 8.45 malam bagi melakukan proses meneutralkan bagasi itu, selepas menilai risiko yang ada di sekeliling kawasan bangunan dengan mengutamakan keselamatan nyawa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Radzi berkata Kompleks ICQS juga ditutup dari 9.30 hingga 11.30 malam unit pemusnah bom IPK Kedah menjalankan proses berkenaan.

"Bagasi itu berjaya dibuka pada 11 malam dan didapati tiada unsur bahan letupan ditemukan. Hasil pemeriksaan hanya menemukan baju, minyak di dalam bekas, pengering rambut warna hitam, syampu dan losyen," katanya.

 

Polis Siasat Pemilik, Motif Bagasi Disyaki Mengandungi Bahan Letupan​

eb9dee6c0706d0c7dbeb555cbffec09e69a58e513a170

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Polis membuka kertas siasatan bagi mengesan pemilik serta mengenal pasti motif sebuah bagasi ditinggalkan di ruang pemeriksaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, selepas imbasan mengesan imej menyerupai bahan letupan dan dadah.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata siasatan awal mendapati lokasi asal bagasi itu ditinggalkan berada di luar jangkauan kamera litar tertutup (CCTV), sekali gus menyukarkan usaha mengenal pasti individu yang meninggalkannya.

“Polis kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pemilik bagasi berkenaan selain menyiasat sebab ia ditinggalkan di lokasi terbabit,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Peluncuran Taman Angkat Amanita Kontinjen Kedah 2026 di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan polis melakukan proses meneutralkan sebuah bagasi berwarna merah jambu yang ditinggalkan di ruang pemeriksaan ICQS Bukit Kayu Hitam.

Beg itu kemudian dibawa ke mesin pengimbas dan hasil imbasan, pihak kastam mendapati imej terbabit mengandungi bahan disyaki dadah dan letupan.

Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah yang melakukan proses meneutralkan bagasi mendapati tiada unsur bahan letupan ditemukan dan hanya menemukan baju, minyak di dalam bekas, pengering rambut warna hitam, syampu dan losen.

 
Back
Top
Log in Register