BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jajaran Jalan Baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao Lancarkan Pergerakan Rentas Sempadan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Jajaran Jalan Baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao Lancarkan Pergerakan Rentas Sempadan​

688c5a86be00e3f57da30f6d50d55c766a52081e87acc

107761bd64cc54914eb644840f89b9886a520830e1dea


Jajaran jalan baharu yang menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand mula dibuka kepada orang ramai hari ini.

Jajaran itu dibuka pada 6 pagi tadi, dijangka melancarkan pergerakan rentas sempadan serta mengurangkan kesesakan di pintu masuk utama antara Malaysia dan Thailand, khususnya pada hujung minggu serta cuti umum.

Tinjauan Bernama mendapati pergerakan trafik di laluan itu lancar dengan kebanyakan pengguna memberikan maklum balas positif terhadap pembukaan jajaran jalan baharu itu.

Pengguna Mohd Faizal Ahmad, 42, dari Pulau Pinang berkata laluan itu dilihat lebih teratur dan memberikan keselesaan kepada rakyat negara ini yang ingin memasuki Thailand.

“Sebelum ini, kesesakan agak teruk terutama ketika musim cuti sekolah. Saya percaya laluan baharu ini membantu mengurangkan kesesakan dan mempercepat perjalanan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pemandu lori Wan Muhammad Shahid Wan Mohd Desa, 28, berkata laluan itu lebih lebar selain pengasingan kenderaan berat dan ringan dengan lebih sistematik ketika memasuki CIQ Sadao membantu melancarkan pergerakan.

“Sebelum ini, kenderaan berat dari ICQS Bukit Kayu Hitam menuju Danok berkongsi laluan dengan kenderaan lain menyebabkan kesesakan teruk semasa keluar masuk ke Thailand. Jadi laluan baharu ini diharapkan mengurangkan masalah ini,” katanya.

Rakyat Thailand yang sering berulang-alik ke Malaysia Mat Li Daman, 59, berkata CIQ Sadao yang baharu lebih luas dan selesa serta dilengkapi kemudahan yang lebih baik untuk urusan dokumentasi termasuk pengisytiharan kemasukan kenderaan.

“Bangunan baharu lebih besar berbanding kaunter lama yang sempit. Semoga kemudahan ini memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register