BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Orang Asli Gua Musang Harap Jualan Diesel Diperluas Di RPS Kuala Betis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Orang Asli Gua Musang Harap Jualan Diesel Diperluas Di RPS Kuala Betis​

ced29413471b7a519c8902d83f92adda68edede7de337


Masyarakat Orang Asli di pedalaman Gua Musang berharap kerajaan memperluaskan Program Pengedaran Barang Perlu dengan menyediakan kemudahan penjualan diesel di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Belatim, Roireng Ngah, 34, berkata kemudahan penjualan petrol RON95 yang diperkenalkan lebih setahun lalu banyak membantu penduduk di kawasan pedalaman.

Bagaimanapun, katanya penduduk masih berdepan kesukaran mendapatkan diesel kerana perlu ke bandar Gua Musang yang terletak kira-kira 90 kilometer sehala.

“Penjualan penjualan diesel di RPS Kuala Betis akan sangat memudahkan penduduk yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan pikap,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Katanya  kemudahan sedia ada amat dihargai namun perlu ditambah baik selaras dengan keperluan semasa komuniti.

Seorang penduduk Kampung Podek, Adi Nasruddin, berkata diesel bukan sahaja digunakan untuk kenderaan tetapi juga peralatan pertanian dan penjana elektrik.

Katanya sebahagian kawasan pedalaman masih bergantung kepada generator bagi mendapatkan bekalan elektrik harian.

Beliau berkata kemudahan penjualan diesel di kawasan lebih dekat akan mengurangkan beban penduduk yang terpaksa menempuh perjalanan jauh.

Sementara itu, peniaga minyak di RPS Kuala Betis, Suraya Muhamad, berkata permintaan petrol dalam kalangan Orang Asli sangat tinggi dengan kira-kira 1,500 liter habis dijual setiap hari.

 
Back
Top
Log in Register