BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Kenal Pasti Lima Keperluan Kritikal Orang Asli Di RPS Pasik, Kuala Wok

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,168
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,168
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan Kenal Pasti Lima Keperluan Kritikal Orang Asli Di RPS Pasik, Kuala Wok​

25df3bf69e29e644efc99c867fb6a04e6a7347b143548

51b4e776b6c3130226e1a2228879fa3d6a7347be39f7f

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani (dua, kiri) bersama wakil Tenaga Nasional Berhad Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) dan pemimpin Orang Asli meninjau peranti internet satelit berkelajuan tinggi Starlink dan sistem solar yang siap dipasang di Kampung Gob, Pos Gob, Gua Musang.

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan mengenal pasti lima keperluan kritikal penduduk Orang Asli di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Pasik dan Kampung Kuala Wok menerusi Program Kembara Rakyat Nenggiri, meliputi pembaikan rumah, penyelesaian isu haiwan liar, bekalan elektrik, Program Pengedaran Barang Perlu dan Program Jualan Rahmah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata hasil lawatan pada 3 dan 4 Ogos lepas mendapati kebanyakan rumah penduduk dalam keadaan uzur dan memerlukan pembaikan segera termasuk penukaran bumbung, pembaikan struktur serta pendawaian semula.

“Terdapat juga permohonan pembinaan rumah baharu susulan pertambahan bilangan penduduk daripada pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga dan perkara itu akan dibincangkan bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata penduduk di kedua-dua penempatan berkenaan turut berdepan ancaman gajah liar yang berlarutan sejak 2022 sehingga mengehadkan aktiviti harian mereka.

Mohd Azmawi Fikri berkata kerajaan turut memberi perhatian terhadap permohonan penduduk supaya bekalan petrol RON95 disediakan menerusi Program Pengedaran Barang Perlu RPS Pasik memandangkan stesen minyak terdekat terletak kira-kira 50 kilometer dari penempatan itu, selain meneliti cadangan memperbanyak Program Jualan Rahmah bagi membantu mengurangkan kos sara hidup.

Beliau berkata perjalanan ke RPS Pasik dan Kampung Kuala Wok memerlukan penggunaan kenderaan pacuan empat roda dengan jarak keseluruhan kira-kira 200 kilometer pergi dan balik dari bandar Gua Musang, sekali gus menggambarkan cabaran yang dihadapi penduduk pedalaman untuk mendapatkan bekalan keperluan dan perkhidmatan asas.

 
Back
Top
Log in Register