BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ops Naga Rekod 639 Tangkapan Dengan Rampasan Bernilai RM244 Juta - APMM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141
21d322a12bb337d960d1f2ee47db590069fb0c0a87d1f

Kredit: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merekodkan 639 kes tangkapan dengan nilai rampasan mencecah RM244 juta menerusi Operasi Naga (Ops Naga) sejak dilancarkan pada 2019 hingga 31 Mac lepas.

APMM dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan statistik keseluruhan Ops Naga, kes tangkapan tertinggi ialah di Barat Terengganu dengan 436 kes diikuti Timur Sarawak iaitu 128 kes dan Timur Sabah 75 kes.

“Kejayaan tangkapan dan rampasan itu membuktikan ketegasan berterusan Malaysia dalam membanteras pencerobohan asing dan aktiviti perikanan haram di perairan negara,” menurut kenyataan itu.

APMM memaklumkan Ops Naga yang dilaksanakan melalui pendekatan merentasi agensi kerajaan itu membuktikan keberkesanan sinergi 17 agensi keselamatan dan penguatkuasa dalam mempertahankan kedaulatan serta melindungi sumber ekonomi laut negara.

“Kerajaan Malaysia menubuhkan pasukan petugas melibatkan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan pada April 2019. Rentetan itu, pengaktifan operasi bersepadu Ops Naga bermula di Perairan Pantai Timur Semenanjung sebelum diperluas ke Perairan Sabah dan Sarawak,” menurut kenyataan itu.

APMM dilantik sebagai agensi penyelaras operasi bersepadu ini bersama Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan agensi awam lain.

“Kejayaan itu membuktikan keberkesanan operasi bersepadu yang melibatkan pelbagai agensi keselamatan dan penguatkuasaan dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara dan melindungi sumber ekonomi laut yang tidak ternilai,” menurut kenyataan itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah dalam kenyataan sama berkata Ops Naga merupakan operasi bersepadu berterusan bagi menangani ancaman keselamatan maritim yang semakin kompleks, khususnya di Laut China Selatan.

Katanya, sejak dilaksanakan, Ops Naga merekodkan 180,767 pemeriksaan serta penahanan 5,139 nelayan asing dari Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan secara haram, tidak dilaporkan dan tidak terkawal.

 
Back
Top
Log in Register