BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ops Ambang Tahun Baharu: Polis Keluarkan 12,437 Saman

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
be5978e6e73a19fd1c336408b4c8586269567a3d74a0e

e3df3e11dd068855d2834cf4b9c4f5ad69567b1d49786

fb Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Polis mengeluarkan 12,437 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi Ops Ambang Tahun Baharu 2026 yang dijalankan di seluruh negara bermula 9 malam semalam hingga 2 pagi hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya turut menyita 390 kenderaan dan menahan 25 individu mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Turut ditahan 20 individu mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala tiga individu ditahan di bawah Kanun Keseksaan dan tiga lagi di bawah lain-lain akta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata 327 pegawai kanan dan 2,460 pegawai rendah polis terlibat dalam operasi tersebut dengan kerjasama beberapa agensi luar.

“Antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membabitkan 258 anggota, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) (80), Jabatan Alam Sekitar (JAS) (70), Jabatan Imigresen Malaysia (58), konsesi lebuh raya (54) serta pihak berkuasa tempatan (lapan),” katanya.

Mohd Yusri berkata operasi berkenaan dilaksanakan di 240 lokasi seluruh negara bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang sambutan ambang tahun baharu.

 
Back
Top
Log in Register