BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1,206 Saman Ambang Baharu Di Selangor

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
01.01.2026 - Sejumlah 1,206 saman telah dikeluarkan polis atas pelbagai kesalahan jalan raya sempena sambutan ambang tahun baharu 2026 di seluruh Selangor, malam tadi. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, daerah Ampang mencatatkan jumlah saman yang paling banyak dikeluarkan iaitu 199 saman.

“Ia diikuti daerah Shah Alam (161 saman), Petaling Jaya (156), Klang Utara (124), Klang Selatan (80), Sungai Buloh (74) serta seluruh daerah di bawah polis kontinjen Selangor. Bagi memberi isyarat jelas terhadap sebarang bentuk ketidak patuhan tegar, pihak polis telah melaksanakan sitaan ke atas 93 buah kenderaan atas pelbagai kesalahan,” katanya hari ini.

Turut ditahan tujuh individu kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 45A(1), Seksyen 42(1) dan Seksyen 108(3) di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Shazeli berkata, seramai 413 pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan tugas am polis kontinjen Selangor serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) terlibat dalam operasi berkenaan.
1767247044372.png
 
560 Kenderaan Di Periksa, 260 Saman Di Keluarkan JSPT Negeri Sembilan Pada Operasi Tahun Baharu 2026

01.01.2026 - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan mengeluarkan 260 saman atas pelbagai kesalahan menerusi pemeriksaan terhadap 560 kenderaan dalam Operasi Bersepadu di beberapa lokasi sempena Sambutan Tahun Baharu 2026. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, operasi dari jam 9 malam tadi hingga 7 pagi ini menemukan pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh, tidak mematuhi had umur dan ubah suai ekzos.

"Polis turut menyita 10 kenderaan dan menahan lapan lelaki dalam lingkungan 14 hingga 23 tahun mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Polis Kontinjen Negeri Sembilan mencatatkan jumlah kutipan kompaun sebanyak RM4.88 juta menerusi Program Diskaun Saman PDRM 70 peratus dari 1 November hingga 30 Disember 2025. Alzafny berkata, daripada jumlah itu, pembayaran secara tunai menyumbang RM2.28 juta bagi 30,592 saman manakala bakinya secara elektronik yang melibatkan 35,662 saman.
1767247115374.png
 
Remaja 14 Tahun Di Tahan, Tak Sempat Sambut Tahun Baharu

01.01.2026 - Hasrat seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun untuk menyambut tahun baharu di Nilai malam tadi terbantut selepas ditahan dalam Op Motosikal (Samseng Jalanan) dan Op Bersepadu yang dijalankan di negeri ini. Pelajar itu merupakan antara enam lelaki berusia 14 hingga 21 tahun yang ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya. Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad, tangkapan di kawasan Nilai dan Port Dickson itu dilakukan kerana mereka mempamerkan aksi bukan sahaja membahayakan diri sendiri, bahkan pengguna jalan raya lain.

“Pelajar ini memberi alasan dia keluar untuk meraikan tahun baharu dan mahu berseronok dengan rakan-rakan. Namun, tindakan mereka menunggang motosikal secara melulu menyalahi undang-undang dan boleh mengundang bahaya,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Alzafny berkata, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan mengeluarkan sebanyak 260 saman atas pelbagai kesalahan dan memeriksa 560 kenderaan sepanjang operasi tersebut yang bermula pukul 9 malam hingga 7 pagi tadi. Katanya, antara kesalahan yang dikesan adalah tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh, memandu atau menunggang di bawah umur dan mengubah suai ekzos. Polis turut menyita 10 buah kenderaan dan menahan tiga lelaki lingkungan 20-an di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.
1767247181165.png
 
Back
Top
Log in Register