combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Foto: JBPM Johor
Seorang operator kren menara disahkan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam kren pada ketinggian 45 meter di Residensi Puncak Austin di sini, pagi tadi.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Noor Azhan Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.51 pagi dan dua “Fire Rescue Tender” dengan kekuatan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau serta BBP Johor Jaya digegaskan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata Pasukan Keluaran Operasi bertindak menggunakan satu “bucket stretcher” dan set tali untuk pembentukan sistem bagi membawa turun mangsa, Muhamad Aliff Ishak, 33.
"Mangsa kemudian diserahkan kepada petugas Hospital Sultan Ismail di sini sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi ditamatkan selepas keadaan selamat dan terkawal.
Operator Kren Maut Selepas Tidak Sedarkan Diri Dalam Kren Pada Ketinggian 45 Meter
bomba, operator kren, meninggal dunia, kren, 45 me