BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Abang Maut, Adik Tidak Sedarkan Diri Selepas Kereta Terjunam Dalam Parit

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141
276d90f6c736cb4ea64000f43d8c6961678284c445cf5


Seorang pemuda maut manakala adiknya tidak sedarkan diri selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit sedalam dua meter di Jalan Bendang 4, Sungai Besar, dekat sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 5.40 petang sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.

“Berdasarkan laporan awal komander operasi, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta Proton Wira yang terbabas dan terjunam ke dalam parit dianggarkan berkedalaman dua meter.

"Mangsa seorang remaja lelaki berusia 15 tahun berjaya dinaikkan oleh orang ramai dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah diberikan rawatan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi sebelum dikejarkan ke hospital untuk tindakan lanjut," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata abangnya yang berusia 20 tahun ditemukan pada 6.55 petang di perangkap sampah sejauh 150 meter dari lokasi kejadian, sebelum disahkan meninggal dunia pada 7.10 malam.

 
Back
Top
Log in Register