BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Maut Kereta Terbabas Dalam Parit

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Dua Maut Kereta Terbabas Dalam Parit​

a5fd3214471866d9aa7ca4138f833c4b6a69fcde17e20

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak

Seorang lelaki dan wanita maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum masuk ke dalam parit di Jalan Sungai Bidut di sini petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan menerima panggilan kemalangan melibatkan pemandu lelaki berusia 46 tahun dan penumpang wanita berusia 33 tahun itu pada 2.48 petang.

“Pasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah yang tiba di lokasi pada 2.59 petang mendapati sebuah kereta mengalami kemalangan kendiri sebelum masuk ke dalam parit di bahu jalan.

“Kedua-dua mangsa masih berada di dalam kenderaan yang kemudiannya ditarik keluar dari parit itu,” menurut JBPM Sarawak dalam kenyataan.

Anggota bomba kemudian menggunakan peralatan menyelamat khas dan pengusung untuk mengeluarkan mangsa tersepit sebelum menyerahkan mereka kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai KKM di lokasi kejadian sebelum diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register